Kad Majlis Perkahwinan



Klik di bawah ni utk pergi ke form bagi mengisi alamat korang.

Monday, November 23, 2009

Kerja Kerajaan Part2#

Harini aku tak berape sihat la. waawa.. kesian kat aku. Rasa mcm nak demam jer nih. (demam rindu ke? atau demam takot nak kawin?.. huhuhuhu.. ) Musim² hujan camni memang senang kena attack penyakit. So, korang berjaga² la ek. ( pesanan ini dibawa oleh blog TKSB. :-P )

Ok, lets sambung balik pasal pengalaman aku gi interview kerja kerajaan. Last haritu aku cite camne aku apply. Ni aku nak cite lepas aku apply tu ape yang berlaku plak. So, lepas aku isi borang SPA pada 1/1/2008, takde ape² pun surat yang sampai kat aku. lama gak la aku tunggu. sampai bulan Ogos 2008, pun tak ada ape² tindak balas pun. ( dlm hati aku, orang SPA tu watpe la ngn permohonan aku. wawawa..) Entah cemane 1 hari tu terjumpa maksu aku, dia baru jer dapat masuk gomen. Dia kata, "ko apply jer 6bln skali kalau diorang takde ape² tindak balas" (tu maksu aku yang cakap ek. aku tak bersalah.. huhuhu.. ). Cz waktu mohon tu, dia kata permohonan valid selama setahun jer. takde plak dia kata tak boleh mohon lain dalam masa setahun permohonan tu.

Jadi, aku pun ikut la kata² makcik aku tu. So, dengan konfidentnye bln8 tu aku isi la lagi skali borang SPA. Selang 2minggu lepas tu, sampai la surat dari SPA bgtau permohonan aku telah diterima dan disenaraikan semua jawatan yang aku mintak tu. (dlm hati aku, cess.. dulu aku isi ngan penuh khusyuk ngn tawadduk, xde plak dia respon pape. Tapi bersyukur la cz permohonan dah diterima. huhuu.. )

Alhamdulillah dalam bln November 2008, sampai la surat panggil interview ke rumah aku. Time tu aku dah berkobar² takut+seronok. huhuhu..

Hari Interview

Sebelum gi interview, ilmu mesti kena lengkap. (gi menurun dulu.. huhuhu..) So, aku gi la memuat turun segala info mengenai jawatan aku tu, aku masuk forum², cari experience diorang yang dah penah gi interview kerja kerajaan, ape yang orang interview tu tanya, macam² lagi la aku menurun kat internet waktu tu. huhuhu..

So, time hari nk gi interview tu, first skali pakaian msti kena jaga. Memang smart la time tu aku cakap ngn korang. ( ye² jer smart. pasan gler la ko wanshah time tu. hahahah.. ) Nak gi interview ni, pakaian tu memang penting. coz tu imej korang waktu berdepan ngn orang. Time aku gi interview, Smart lebih kurang macam mamat kat bawah ni la. :-P

p/s:- gaya salam kena ada.. tengok pic kat atas tu. :-P

Time tu complete la pakaian aku tie ngn jacket BMW kesayangan aku. huhuhu.. macam penjual kete plak. :-P ( biar la orang nak kata aku penjual kete ke pengayuh beca ke.. janji aku dapat keje.. huhuh.. ) Korang jangan free style jer gi interview dah la. confirm la tak dapat. Contohnye cam mamat kat bawah ni.
Confirm orang interviewer tu larik. Cz ingat orang gile datang interview. huhuhu.. Lagi satu, kalau korang dressing maut sangat pun, kononnya nak tunjuk terer bagi orang interview tu kecut perut n takut ngn korang pun xbleh gak. diorang tak kan terima punye.. contohnye cam kat bawah ni.

huehueheue.. yang last skali ni sekadar melawak jer la. :-P

Ni baru tips untuk berpakaian dah panjang berjela aku cite. Nanti aku sambung cerita lagi pasal interview plak ek. Ape yang ditanya waktu interview tuh. Kesian plak korang penin membaca blog aku ni panjang lebar. dah la tulisan aku ni pun hantam keromoh jer. huehuehue.. k, tunggu tips seterusnye dari TKSB ek. :-D jangan lupe komen bebanyak. :-)


Yang Betul,

Pau Ahmad

Salam.. huhuh.. rasa cam lama jer tak update blog TKSB nih. Minggu lepas balik kg. Pastu baru pagi tadi balik Putrajaya. wawawa.. penatnye.. tuhan saje yang tau. Kali ni saja nak share sket..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat Malaysia ni...
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.
Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam…

Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti…

Ni gambar company tu. yang korang mungkin dah biasa tengok.

PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa…. nasib baik tak suka makan pau…. Glemer gak la jenama pau ni kan. Mesti korang dah pernah termakan kan?.. kan3?.. uwerkk.. :-|


P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Yang Betul,

Friday, November 20, 2009

Kerja Kerajaan Part 1#

Haii.. pekabo korang harini?.. wawawa.. bznye aku ngn keje sampai tak sempat nak update blog aku nih sejak 2 3 hari nih.. banyaknye perkataan "nih". heuheuehu.. Mesti korang pelik tengok topik entry aku kali ni kan?.. (ye ke pelik?.. :-/ ape daa wanshah ni..) minggu lepas ada sorang member blogging aku ni yang merangkap member skolah rendah aku gak. Kalau korang bleh tengok blog dia, tengok kat sini. Dah dekat 10tahun gak la tak jumpa dia. heuheuehu.. ( bile la nak jumpa kan.. )Dia tanya kat aku camne nak dapat keje gomen (Government @ Kerajaan bg yg tataw. huhuhuh... ) Coz aku dah keje ngn gomen. So, aku bgtau la kat dia nanti la aku cite kat blog. Cz bleh berkongsi sama pengalaman aku ngn peminat setia blog TKSB nih. ( huehueheuh.. pasan la ko wanshah. :-P )

Aku rasa cite aku ni terlalu panjang sangat la. Jadi aku nak seperate cite aku ni kepada beberape bahagian. So, korang ikuti la part² seterusnye selepas ini ek. :) Takde la korang penin+buhsan baca blog nih panjang². :-P


pic nih aku ciplak kat blog sini. tuan blog jangan marah yerk. :-P

Cmne aku apply Gomen?

Huhuh.. tu soalan biasa. dan jawapannye pun macam biasa la. :-) First skali korang kena apply dulu dengan SPA di Http://www.spa.gov.my. Bukan Spa-Q macam kat tv tu erk. Tu butik kecantikan. hueheuh.. So, pada tarikh 01/01/2008 adalah tarikh first aku apply ngn SPA. kebetulan time tu aku gatal² bukak website SPA. Tu yang terus register. :-)

Fakta: sebelum korang apply, korang kena pastikan jawatan yang korang apply tu bersesuaian ngn kelayakan akedemik yang korang ada. kalau korang ada UPSR jer, apply la utk UPSR punye jawatan. kalau PMR, apply untuk PMR punye la. begitu la dan seterusnye. huhuhu.. Time aku haritu, aku apply guna diploma. cz kebetulan aku baru jer grad time tuh.

p/s:- ape pun, korang kena sentiasa berdoa pada Allah mintak diberikan peluang dan juga kena percaya pada rezeki kite selalu. insyAllah Allah tu Maha Adil lagi Maha Pemurah. :-)

nanti aku sambung lagi ek. mesti korang dah boring baca panjang² camnih. :-) Jangan lupa ikuti pengalaman aku ni tau. Lepasni aku cite ape yang terjadi lepas aku daftar ngn SPA tu plak. :-)

Yang Betul,

Wednesday, November 18, 2009

Wireman Bangla

Actually, aku nak wat posting pasal kad jemputan aku harini. Dah siap masuk sampul lagi sume kad² tu. stem pun aku dah beli. Ingat nk share la ngn korang gambarnye kat sini. alih² henset kamera aku tak bleh connect ke pc plak. hueheuehue.. (bara yang sedang membara.. ) sabo jer la yeop. :-( Tapi takpe la, aku ada 1 benda aku nak cite kat korang. Nak tergelak sakan aku tengok pic tu. Jap aku attach email dia kat sini. huhuhuh..

------------------------- email attached -------------------------------

Subject: WIREMAN BANGLA

Setelah menetap selama setahun di Kemaman aku mula merasakan kadang2 cuaca waktu malam dibilik rehat rumah ku agak panas juga. Melalui seorang kawan baik aku belilah kipas ceiling dan syarikat penghantaran telah mengupah seorang wireman Bangla untuk memasang kipas saya itu.

Saya lampirkan untuk tatapan tuan2 cik2 dan puan2 workmanshipnya yang sungguh hebat ini. Memang masih belum ada anak melayu yang sehebat ini.

Tengoklah sendiri kehebatan wireman ini.

p/s:- camne la nak perlahankan kipas tu ek?.. silap² putus tangan sampai ketiak. hueheuehue..

Korang ada yang teringin nak wat macam tu kat rumah ke?.. :-P


Yang Betul,

Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Wanshah | Original Design For Tiada Kata Secantik Bahasa © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top
SES by the team at the madidbestgile.com online madidster website.