Sedara-mara

Panduan Edit Post

Tutorial ini bagi mereka yang masih baru didalam blogger dan mereka yang masih tercari-cari untuk mengedit post pada blog mereka. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengedit paparan post di blog.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard

2. Pilih Layout dan terus ke menu tab Page Elements

3. Klik Edit pada bahagian kotak Blog Posts seperti dibawah

4. Paparan seperti berikut akan muncul dan ikut langkah-langkah seperti dibawah:

number post in main page - bilangan post yg ingin di paparkan pada laman utama, seperti contoh di atas bilangan post yang hanya ingin dipaparkan ada 4 sahaja.

1. Tandakan pada petak 1 jika anda ingin paparkan hari dan tarikh post tersebut dibuat.

2. Tandakan petak 2 jika nama penulis post tersebut ingin dipaparkan.

3. Tandakan petak 3 jika ingin memaparkan masa@bila post tersebut di buat

4. Tandakan petak 4 jika ingin komen dipaparkan dan tukarkan perkataan didalam kotak dengan perkataan anda sendiri seperti, Ulasan, Catatan Mereka dan lain lain.

5. Tandakan petak 5 jika mahu shorcut link pada post tersebut dipaparkan.

6. Tandakan petak 6 jika ingin label post tersebut dipaparkan dan boleh menggantikan perkataan label tersebut dengan perkataan sendiri seperti kategori, bahagian dan lain-lain.

7. Tandakan petak 7 jika ingin icon quickedit dipaparkan. Dengan menandakan petak ini anda hanya perlu klik pada icon tersebut jika ingin membuat perubahan pada posting tersebut.

8. Tandakan petak 8 jika anda ingin post anda di kategorikan oleh pembaca, dengan menandakan petak ini kesemua post anda boleh dinilai oleh pembaca dan anda boleh mengubah perkataan penialaian tersebut dengan meletakkan apa sahaja perkataan yang anda inginkan contoh seperti di atas saya letakkan best, sederhana, tak boleh jalan.

9. Tandakan petak 9 jika anda inginkan email anda tertera pada kesemua post yang telah anda buat.

10. Tandakan petak 10 jika anda ingin meletakkan iklan google setiap posting anda.

PERHATIKAN : Jika anda tidak ingin meletakkan mana2 perkara di atas, biarkan petak kecil tersebut kosong tanpa sebarang tanda.




0 komen yang best:

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top