Sedara-mara

Arlisa Damia & Dania

Letihnya aku nak masuk keje harini. Mana tak nyer.. aku baru jer balik dari rumah abg aku kat Ijok Kuala Selangor. Ape lagi, melawat anak buah baru la. huehueheu.. skarang ni kan musim orang bersalin & mengandung. tambah plak cuaca skarang ni hujan², sejuk², & lembap² jer. memang seswai la orang nak mengandung. huhuhu.. pepandai jer aku nih. tapi yang bestnye, kali ni aku dapat anak buah perempuan kembar plak tu. :-D aku memang suka if dapat baby pempuan. huhuhu.. kalau dapat anak buah laki, nak la aku cadangkan nama dia UPIN ngn IPIN. kui².. tapi dah dapat baby gurl, xbleh la guna nama tu. Parent dia cadangkan nama Arlisa Damia (kakak) & Arlisa Dania (adik). Tapi belum confirm lagi la nak buh nama ape. cz surat beranak pn xwat lagi. Al-Maklum la baru jer akk aku tu bersalin. baru jer 4hari. huhuhu.. Aku ada gak cadangkan nak buh nama diorang Siti Nurhaliza & Siti Sarah. huhuhuh.. ape macam? ok tak?.. :-P kepada mmber² aku yang baru jer selamat bersalin tu, aku ucapkan selamat berbaby dan selamat menjalani kehidupan sebagai seorang ibu yang mithali. :) kat bawah ni aku attachkan gambar² anak buah aku yang comel n cumil tuh. :-)

cuba korang tengok pic kat bawah ni. keciknye tangan dia. jangan salah faham plak. bukan tangan aku yang besar tau?.. (tak ngaku.huhuh..) bile aku tengok tangan dia kecik camtu, rasa sayu jer hati. macam tu gak la aku kecik² dulu. dari besau tu mak aku jaga, sampai la sekarang aku dah besau panjang ni. Terima kasih untuk mak aku kerana jadi mak yang terbaik buat aku di dunia ini. Kalau tak kerana mak aku, ntah kat mana la aku skarang ni. xde la aku dok depan komputer ni dok taip blog TKSB nih. :-)
Camtu gak la ngn pic kat bawah ni yang aku amik. alahaiii.. keciknye tapak kaki dia. tak sampai besau dua jari aku pun. keciknye baby ni.. tapi kite semua dulu pun camtu la. kalau korang tak caya, tanya la makayah korang. :-)

kadang² terpikir gak aku napa la ada gak orang yang sanggup buang anak merata². kalau tak nak, bagi jer la kat aku. kesian budak tu tak berdosa. budak besar tu mana pandai jaga diri lagi. bile aku tengok anak buah aku tu, n aku cuba bayangkan bayi yang dibuang merata-rata tu, rasa nak menangis aku. kenape la teruk betul hati n perasaan orang yang sanggup buang anak merata-rata tu. tanggung la korang kat akhirat nanti.

Moral of the story :- sayangilah anak anda kerana anak kecil ibarat kain putih yang bersih.




Yang Betul,

2 komen yang best:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bestnya anak kembar..tapi yang sorang kat rumah tu pun susah nak handle dah..hihihi

wanshah said...

yeap, dapat anak kembar memang best. tapi nak jaga tu la yang xtahan ngn kerenahnye. :-)

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top