Sedara-mara

Template Blogspot TKSB

Korang dah baca ke entry yang aku dah buat sebelum ni berkenaan "20 Cara Buatkan Roomate Anda Gila". Kalau dah baca, pandai-pandai la ek. Bergurau biau berpada-pada. (huhuhu.. tak patut betul aku ni ajo orang wat benda bukan2. :-P) Posting kali ni aku nak terangkan pasal cara nak gunakan template. Kebanyakan sume dah tau pasal nak guna template ni. Tapi aku letakkan gak kat sini kalau2 ada newbie yang blm tau cara nak gunakan template. Sebenarnya dah ada 2 3 orang gak la yang mintak kat aku template yang aku guna ni. So, kat sini aku nak kasi kat korang template yang aku guna ni. Kalau korang cari kat internet, memang tak de orang guna pn template ni. coz aku reka sendiri template ni full-handmate. huehuheu.. aku pun blasah jer sambil belajar2. Template ni aku buat waktu lepas raya harituh. Maklum la cuti aku sikit jer. Orang masih beraye, aku dah start keje. Dok kat opis tak tau nak watpe, so aku godek2 la blog aku nih. Nak wat keje, xde pe keje yang blh di buat. coz mana ada orang time tu. tinggal aku ngn 2 3 orang jer staff yang bekerja. Sepanjang hari gak la aku men-designkan blog aku nih. dan hasilnye, terhasil la blog TKSB ni. :-D
First skali, korang kena download dulu template blog nih kat sini:-

Bila dah selesai men-download, ikut step kat bawah ni:-
1. Klik pada tab Layout.
2. Klik pada Edit Html.
3. Klik pada Browse untuk cari file XML(template) yang korang dah download tadi.
4. Klik pada Upload setelah pilih file template tadi. Ikut gambarajah seperti dibawah ni.

Kadang-kadang, error message akan keluar. Tak pun dia suruh kite delete gadget-gadget yang ada. So, ignore jer. Tapi pastikan korang backup dulu sume gadget-gadget yang ada. Pastu kelik jer button Save Template seperti pada gambarajah dibawah ni untuk rujukan.
So, berjaya lah sudah korang install template blog ke dalam blog korang. :-) Ermm, satu benda lagi nak bgtau kat korang. Banner dalam template ni adalah berukuran 945px × 200px. Ataupun korang bleh download banner kat bawah ni. (Right clik -> Save Image As) then, modified jer kat Photoshop, Paint, ataupun ape-ape software la. Coz saiz dia aku dah kasi ngam-ngam ngn template ni. :-)
So, selamat mencuba la ek. Kalau korang rasa posting ni best, jangan lupa tinggalkan komen ataupun komplen kat posting ni ek. hueheuheu..


Yang Betul,

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top