Sedara-mara

Bonus oh Bonus..



Waa.. frustnye gomen tak bagi bonus tahun ni. punye la tekun aku dok tengok bajet 2010 hari jumaat lepas. tapi satu benda jer aku nak dengar. pengumuman bonus jer. huhuhhu.. tapi yang lain tu pun penting gak utk amik tau. tapi sayangnye sikit pun tarak bonus. wawawa.. nak bonus.. dapat sbulan gaji pun jadi la. dah la tengah sesak² ni. kalau ada bonus, best la gak nak gi jejalan cuti skolah. kalau yang dah biasa dapat bonus tetiba tak dapat, mesti lagi frust. hueheuheuhe..

teringat aku kata² pengerusi SPA waktu aku mula² masuk gomen dulu. keja kena ikhlas, anggap segala kerja yang kite lakukan ni sebagai ibadah. huhuhu.. sejuk la sket hati aku. xpe. xdapat tahun ni insyAllah mybe tahun depan dapat double. amiinn..

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Status YM di blog

Terima kasih kepada member blogging aku sorang ni yang sudi hadiahkan posting tutorial ni kat blog aku. Rasanya korang ramai yang dah kenal bro ady ni. Kalau tak kenal lagi, bleh tengok kat sini blog dia. Untuk tutorial kali ni, rasanya dah ramai yang tahu. tapi takpe la, aku tempek gak kat sini supaya bertambah la posting kat blog aku yang baru nak naik ni. (p/s: korang support² la blog TKSB ni ek. :-P)
So, jom mulakan tutorial.

1. Login ke ID Blogger atau terus ke "Dashboard"

2. Klik "Layout" kemudian ke Bahagian Tab "Page Element"

3. Pilih "Add a Gadget" dan pilih "HTML/JavaScript"

4. Copy dan masukkan code dibawah ini kedalamnya.





5. Tukarkan YM_ID kepada Email ID anda tanpa perlu meletakkan @yahoo.com... letak nama jer...

6. Pada code (t=2) di atas, adalah code gambar status YM yang anda ingin pamerkan dan anda boleh menggunakan gambar status yang lain seperti berikut:-


t=0


t=1


t=2


t=3


t=4


t=5


t=6


t=7


t=8


t=9


t=10


t=11


t=12


t=13


t=14


t=15


t=16





Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

ibu, anak & menantu


Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ . .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ....... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

............ .......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. . Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua. huhuhu..


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Green Bean Soy Drink

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........


Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat.......

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Jika anda bayi tahun 1980'an

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk,
Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles,
Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo
atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,
'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih
exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi
makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color
tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt IPT tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Bagi yang bergelar Dewasa

JIKA ANAK KITA….

* jika anak kita hidup dalam kesabaran,
dia belajar jadi penyabar
* jika anak hidup dalam penerimaan,
dia belajar menyayangi
* h
* jika anak hidup dalam pujian,
dia belajar menghargai
* jika anak hidup dalam galakan,
dia belajar menjadi yakin
* jika anak hidup dalam persetujuan,
dia belajat menyayangi diri
* jika anak hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar membina matlamat idup
* jika anak hidup dengan ilmu,
dia belajar memahami persekitarannya
* jika anak hidup dengan kemahiran,
dia belajar berdikari
* jika anak hidup dengan kata-kata yang baik,
dia belajar berfikir dengan baik
* jika anak hidup dengan adap,
dia belajar bersopan santun
* jika anak hidup dengan kebersihan,
dia belajar membina maruah dirinya
* jika anak hidup dengan kebersihan,
dia belajar peka dengan bahaya penyakit
* jika anak hidup dengan kesihatan,
dia belajar membina jati dirinya
* jika anak hidup dengan al-Quran,
dia belajat mengenali Tuhan
* jika anak hidup dengan doa,
dia belajar apa erti hidup sebenarnya
* jika anak hidup dengan kejayaan,
dia belajar apa erti kebenaran
* jika anak hidup dengan keselamatan,
dia yakin pada diri dan orang lain
* jika anak hidup dalam kemesraan,
dia belajar dunia ini tempat memberansangkan
* jika anak faham al-quran dan doa,
dia faham apa itu akhirat

Dengan ini, anak ini akan membesar dengan penuh ilmu, berkemahiran luas dan amalan, menyediakan dirinya untuk dunia dan akhirat.

TETAPI……….

* jika anak hidup dalam kritikan,
dia belajar menyalahkan orang lain
* jika anak hidup dalam kekerasan,
dia belajar melawan
* jika anak hidup dalam kata-kata sumpahan,
dia belajar jadi pengecut
* jika anak hidup dalam iri hati,
dia akan belajar salahkan orang lain
* jika anak hidup dalam menderita,
dia akan belajar senang putus asa
* jika anak hidup dengan hukuman,
dia akan belajar rasa benci dan dendam
* jika anak hidup dengan penghinaan,
dia akan membina maruah diri yang rendah
* jika anak hidup dengan sumpahan,
dia akan mengikut sumpahan itu
* jika anak hidup dengan air mata,
dia akan belajar menyeksa orang lain

Jadi, mulakanlah hari dengan senyuman dan akhirkan hari dengan senyuman. Mulakanlah hari dengan solat, akhirkan hari dengan solat.
Mulakan hari dengan doa, akhirkan hari dengan doa.

Seharusnya kita sebagai ibu bapa hendaklah sentiasa memahami bahawa hanya empat perkara sahaja yang boleh kita lakukan apabila membuka mulut, iaitu;

* lafazkan rasa kasih sayang
* tingkatkan silaturrahim
* sampaikan ilmu baru
* lafazkan kesyukuran

sebagai ibu bapa, pendidik, pengasuh, pengasas, guru-guru, baik pensyarah mahupun sesiapa yang dikatakan DEWASA, berilah peluang untuk setiap anak yang merupakan anugerah dan amanah Allah S.W.T kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara untuk dibesarkan dalam suasana yang terbaik supaya terhasilnya cita-cita kita menjadikan setiap anugerah itu khalifah di bumi Allah - Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. Renungkanlah dan tanyakan pada diri “Siapa Aku”.

oleh : Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak NURY



Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Mendapatkan Url Image

Salam. Camne raya korang? mesti best giler la kan?.. ni dah habis beraya sakan, bile plak nak mulakan puasa 6? huhuhu.. mesti malas giler kan? termasuk la aku. :-P harini aku nak wat tutorial mcm mana nak dapatkan url image. tau tak url image tu apa dia? setiap post atau ape-ape sahaja gambar yang korang nak letak kan dalam blog korang mesti ada url dia. gambar korang disimpan didalam hosting. kemudian korang just dapatkan url(alamat hosting bg gambar tu) untuk digunakan dalam blog korang. ok, jom mulakan tutorial.

Step 1:
korang kena ada gambar dulu. contohnya aku nak gunakan gambar ni.



Step 2:
masuk ke website hosting image. gunakan yang free jer dah la. :-P korang bleh guna photobucket, flickr, dan yang lain². tapi aku tunjukkan yang paling mudah la. contohnya,
korang masuk ke website ni:- http://www.freeimagehosting.net/

Pada bahagian browse tu, carik kat mana file image korang tu.


bila dah jumpa file tu, klik kat button 'Upload Image'.

Step 3:
Skrin berikut akn dipaparkan apabila proses mengupload telah berjaya. Anda boleh dapatkan URL gambar tersebut seperti yang tertera pada gambarajah berikut.


p/s:- untuk memastikan url gambar tersebut betul² berfungsi, copy url tersebut dan paste kan pada address browser anda. kemudian tekan enter untuk melihat gambar yang terhasil dari url tersebut.

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top