Sedara-mara

Teknik Penyamaran

Sekadar perkongsian dan renungan betapa hebatnya ciptaan Ilahi. Semoga kite sentiasa berasa kagum dengan kehebatan dan kekuasaanNYA..
















Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Selamat Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum w.b.t,
Ermm.. testing 1 2 3.. heheh.. dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat korang semua. Terima kasih sangat² kerana menyokong blog TKSB selama ini. Mungkin satu hari nanti kite akan bertemu dan menjadi kawan baik, boleh jadi kalau dah ramai, boleh jadi satu keluarga bak kata kak zai. :-P Ape pun, korang jangan lupa ziarah menziarahi ek. Makan sup ekor tu ingat² la kat aku banyak ek. Xmo ingat sikit jer kat aku. hueheuhe.. Ok, selamat berhari raya bersama keluarga tersayang dan insan tercinta. :-)


p/s:- posting ni aku dah set kan time dia kuar waktu hari raya. Coz hari raya aku sibuk melapah unta. Mesti tak sempat nak ucap Selamat hariraya kat korang time ni. heheh..
Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Membuat Favicon

Kita bertutorial lagi kali ni. :-) ni last sebelum aku balik beraye AidilAdha. hueheuhe.. selamat berhari raya smua. Ok, jom mulakan tutorial.
Apa tu favicon?.. Favicon adalah gambar yang terpapar disebelah kiri url website. Contohnya macam ni.

Cara² untuk membuatnye (cewahh.. cam nak masak² plak. :-P )
1. Korang mesti kena ada gambar berukuran 100px X 100px.
(pic ni aku pinjam dari ady. nanti tahun depan sy bg balik yer ady. :-P )

2. Pergi ke website iconj.com ataupun klik sini.
Cari(browse) dimana gambar yang korang nak jadikan dia sebagai favicon tu. Lepastu klik pada "Upload it!".

3. Selepastu, paparan seperti dibawah ni akan terpapar.
Korang copy koding yang ada dalam kotak merah yang telah ditandakan oleh encik wanshah tu, lepastu login ke dashboard blog korang.

4. Klik pada tab Layout --> Edit Html.

5. Kemudian, paste kan koding yang korang copy dari iconj.com tadi tepat² dia atas koding </head> contohnye seperti dibawah ni.

6. Korang boleh klik Save Template dan pergi ke halaman utama blog. dan korang boleh lihat hasilnya.
terima kasih kerana sudi membaca entry ni. :-P

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Domain Percuma

Kali ni aku nak wat tutorial sket pasal domain percuma nih. (bukan sket sangat la. agak banyak la jgk. huhuhu.. ) Mungkin korang ramai yang dah tau. Tapi aku nak penuhkan gak blog nih. huehuheuhe.. jgn marah haa.. ( nanti kena jual. :-P )


Slalunye kite dok guna domain blogspot jer. Sesekala blh la nak ubah angin guna domain "WWW" plak. :-) Tapi kali ni free punye domain aku akn terangkan. Contohnye, cuba korang klik domain kat bawah ni ataupun bukak browser lain then tulis url nih.
Kalau korang klik domain ni, konform akan gi kat blog TKSB gak. :-) coz aku dah setting bagi dia redirect ke blog aku. hhehehe.. So, jom kite mulakan tutorial camne nak wat.

First skali, korang klik banner kecik dibawah ni, tak pun, terus jer search nama domain yang korang nak.


CO.CC:Free Domain

dapat kan domain percuma di sini


2. Lepas korang search, result seperti dibawah akan dipaparkan. Dalam tutorial ni aku create "www.domainkorang.co.cc"

3. Jika domain yang korang nak tu tak available, kena search domain lain plak la sampai available ye. Lepas tu klik "Continue to registration". Then, screenshot dibawah akn dipparkan.
4. Klik pada "Create an account now" kerana korang takde akaun lagi. Lepastu, korang akan dibawa ke page seperti dibawah ni.

5. Isi dan penuhkan borang registration tersebut. Borang ni untuk korang register domain "www.domainkorang.co.cc" tadi. Pada Homepage URL tu, tulis jer url blog korang. Then, klik pada "Create an account now". Selepas tu, page sprt dibawah akn dipaparkan menandakan domain korang tadi telah berjaya di-create. :-)

6. Klik pada "Set up". Then paparan seperti dibawah akn dipaparkan.

7. Klik pada "Set up" untuk setup domain ni direct ke blog korang. Lepastu paparan sprt dibawah akan dipparkan. (huehue.. banyaknye then n lepastu.. :-P sory la ye.. )
8. Klik pada no.3 "URL Forwarding". Korang wajib isi URL blog korang ditempat seperti gambarajah diatas. Jika tak isi, domain ni takkan redirect ke blog korang la jawabnye. Isikan juga page title, description dan keyword. Lepastu klik "Set up".
9. Page di atas akan dipaparkan menandakan setting anda telah berjaya dilakukan. Klik pada button "OK". Lepastu anda akan dibawa ke page terakhir seperti dibawah.
Di page ini, korang bleh tengok sume setting yang telah dibuat. Then, try bukak browser baru dan taip nama domain yang telah korang create tadi. Smoga berjaya ye. :-)


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Kerja Kerajaan Part3#

Haii.. thanks kepada mmber² yang sudi mengikuti entry kat blog TKSB ni ek. :-) hari ni Alhamdulillah aku dah makin sihat sket. ( tq pada mmber rumah aku nasri cz bagi aku penadol. huhuhu.. kasi up sket. :-P ) So, bleh la aku sambung part yang ketiga ni ek.
Part lepas aku dah cite kan bab berpakaian. Kali ni aku sambung waktu hari aku gi interview plak.

Pagi tu awal gak la aku gi interview. Aku rasa dah awal dah. Tapi ramai lagi orang yang lagi awal dari aku. Time tu aku dapat no 6. ( nak interview pun kena beratur.. macam masuk audition plak. huheuhue.. ) Sebelum interview, diorang bg taklimat dulu mengenai perjalanan interview. Biasenye 1sesi interview dalam 20minit. So, sape yang dapat no 8 dan keatas tu, diorang suruh gi minum² dulu. cz lama nak menunggu.
Time dh sampai turn aku masuk, huh.. berdebar² giler ahh.. padahal yang nak interview aku tu orang jer. bukannye Ultraman ke Superman ke.. orang biasa jer pun. huhuhu..
Firstly, aku nak bgtau, kalau yang interview korang tu Muslim, better kite bg salam dulu. Kalau korang laki n interviewer tu pun laki, better salam dulu la. (jangan gatal² nak salam ngn bkn muhrim plak. berdosa tau.. tuhan marah.. :-D ) Opss.. sebelum terlupa, bg yang perempuan tu better pakai tudung putih la. :-)
Lepas tu aku pun duduk la ngn tertibnye. ( hahah.. tertib ke wanshah ni?.. xcaye la.. :-P ) Waktu interview tu, ada sorang interviewer laki, dan sorang lagi pmpuan. yang laki tu tanya pasal umum. Yang puan tu plak tanya pasal komputer n teknikal². So, bermula la sesi temuduga aku tu. ( nyaris aku tak terkencing.. cz gelabah punye pasal. tapi bile dah start, aku plak yang semangat. huhuhu.. )
Waktu interview, mesti mau ingat confident tu kena ada. :-)
Sesi temuduga.
Soalan first yang dia tanya kat aku, nak speaking kenalkan diri ke atau tulis karangan dalam english. So, aku pilih la speaking introduce diri. Coz aku malas nak menulis. Dah la grammer teruk. Nanti jadi lagi panjang plak masa interview aku. ( padahal english aku bukan stakat broken, dah fully broken+cracked+hacked pun. saje tanak ngaku. hueheuh.. )
Lama gak la aku perkenalkan diri. Sampai dia suruh stop la. Cz panjang plak aku intrduce diri. Siap sembang masuk topic orang kampung lagi. huhuhu.. ( poyo plak wanshah ni. orang bagi sikit lebih² plak dia.. :-P )

Lepas tu, dia tanya aku apa isu semasa yang aku tau. Aku dah gabra dah, dah la malas baca paper. Tengok tv pun cite inspector Conan jer. Habis² pun Shin Chan. Tengok berite bile nak raye jer. huhuhuh.. nasib baik pagi semalamnye tu aku terbaca paper metro. Pasal budak berkhatan ramai² n mandi ngn air bomba. So, aku pun cite jer la. hueuheu.. pastu ntah berite ape lagi ntah aku ingat waktu tu. Ape yang penting, korang jangan menipu. Kalau sikit jer yang korang tau, sikit la korang bgtau. Kalau korang pun xsuka ditipu, camtu gak la ngn interviewer tu. Ape yang penting, korang kena peka la ngn berita n isu semasa kat mesia ni. Terutama berkenaan dasar² kerajaan.

Soalan yang kedua, dia tanya aku pasal Menteri² Kabinet kat Malaysia ni. waktu tu dia tanya aku siapa Menteri Belia dan Sukan. Aku dengan confidentnye menjawab Ismail Sabri B. Yaacob. ( cz aku tau dia ayah dafi AF. tu yang aku ingat. hueheuheu.. ) korang kena sentiasa peka la ngn menteri² kabinet kat mesia ni ek. Cz tu salah satu soalan yang akan ditanya. huhuhuu..

Soalan ketiga plak, diorang tanya pasal rukun negara. Ntah camne la time tu aku bleh gi sebut rukun iman kat dia. Tergelak sakan orang tu cz ingat aku wat lawak. huheuehu.. ( tau la ko orang beriman wanshah.. jangan la cite kat orang. :-P huhuhu.. ayat paling poyo.. ) aku pun xtau camne aku bleh lupa rukun negara. padahal sebelum tu aku ingat jer. :-) Nasib baik dia bagi hint sket². So, berjaya gak la aku sebut satu persatu rukun negara. Hoyehh.. :-)
Lepas habis interviewer sorang tu tanya pasal benda² umum kat aku, dia passing la kat interviewer sorang lagi. Kali ni dia tanya sume pasal komputer plak. Cz memang aku apply untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Kalau korang apply jawatan lain, maybe dia akan tanya bab yang berkenaan jawatan korang tu la. :-) Aku rasa, tak cite pun takpe kot pasal soalan berkenaan komputer tu. Cz soalan dia confirm lain². Korang kena tau gak la pasal komputer ni. Cz biasanye dia akan tanya pasal network, domain, workstation, server, dan sewaktu dengannye la. :-) harap korang bleh get ready lepasni kalau terpanggil untuk interview keje kerajaan ek. Mana tau ada rezeki korang bleh jumpa aku ke, keje sama² ngn aku ke. InsyAllah.. Ape yang penting, kite share sama² ape yang kite tau. tak rugi pun. huhuhu.. untung² bleh bagi manfaat gak kat orang lain. :-)

Salah satu buku yang aku baca, korang bleh tengok kat bawah ni. klik banner bawah ni. tu pun kalau owner dia bukak lagi la website tu. huhuhuhu..



p/s:- kalau korang rasa entry ni bagus, jangan lupa comment ek. :-)



Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Kerja Kerajaan Part2#

Harini aku tak berape sihat la. waawa.. kesian kat aku. Rasa mcm nak demam jer nih. (demam rindu ke? atau demam takot nak kawin?.. huhuhuhu.. ) Musim² hujan camni memang senang kena attack penyakit. So, korang berjaga² la ek. ( pesanan ini dibawa oleh blog TKSB. :-P )

Ok, lets sambung balik pasal pengalaman aku gi interview kerja kerajaan. Last haritu aku cite camne aku apply. Ni aku nak cite lepas aku apply tu ape yang berlaku plak. So, lepas aku isi borang SPA pada 1/1/2008, takde ape² pun surat yang sampai kat aku. lama gak la aku tunggu. sampai bulan Ogos 2008, pun tak ada ape² tindak balas pun. ( dlm hati aku, orang SPA tu watpe la ngn permohonan aku. wawawa..) Entah cemane 1 hari tu terjumpa maksu aku, dia baru jer dapat masuk gomen. Dia kata, "ko apply jer 6bln skali kalau diorang takde ape² tindak balas" (tu maksu aku yang cakap ek. aku tak bersalah.. huhuhu.. ). Cz waktu mohon tu, dia kata permohonan valid selama setahun jer. takde plak dia kata tak boleh mohon lain dalam masa setahun permohonan tu.

Jadi, aku pun ikut la kata² makcik aku tu. So, dengan konfidentnye bln8 tu aku isi la lagi skali borang SPA. Selang 2minggu lepas tu, sampai la surat dari SPA bgtau permohonan aku telah diterima dan disenaraikan semua jawatan yang aku mintak tu. (dlm hati aku, cess.. dulu aku isi ngan penuh khusyuk ngn tawadduk, xde plak dia respon pape. Tapi bersyukur la cz permohonan dah diterima. huhuu.. )

Alhamdulillah dalam bln November 2008, sampai la surat panggil interview ke rumah aku. Time tu aku dah berkobar² takut+seronok. huhuhu..

Hari Interview

Sebelum gi interview, ilmu mesti kena lengkap. (gi menurun dulu.. huhuhu..) So, aku gi la memuat turun segala info mengenai jawatan aku tu, aku masuk forum², cari experience diorang yang dah penah gi interview kerja kerajaan, ape yang orang interview tu tanya, macam² lagi la aku menurun kat internet waktu tu. huhuhu..

So, time hari nk gi interview tu, first skali pakaian msti kena jaga. Memang smart la time tu aku cakap ngn korang. ( ye² jer smart. pasan gler la ko wanshah time tu. hahahah.. ) Nak gi interview ni, pakaian tu memang penting. coz tu imej korang waktu berdepan ngn orang. Time aku gi interview, Smart lebih kurang macam mamat kat bawah ni la. :-P


p/s:- gaya salam kena ada.. tengok pic kat atas tu. :-P

Time tu complete la pakaian aku tie ngn jacket BMW kesayangan aku. huhuhu.. macam penjual kete plak. :-P ( biar la orang nak kata aku penjual kete ke pengayuh beca ke.. janji aku dapat keje.. huhuh.. ) Korang jangan free style jer gi interview dah la. confirm la tak dapat. Contohnye cam mamat kat bawah ni.
Confirm orang interviewer tu larik. Cz ingat orang gile datang interview. huhuhu.. Lagi satu, kalau korang dressing maut sangat pun, kononnya nak tunjuk terer bagi orang interview tu kecut perut n takut ngn korang pun xbleh gak. diorang tak kan terima punye.. contohnye cam kat bawah ni.

huehueheue.. yang last skali ni sekadar melawak jer la. :-P

Ni baru tips untuk berpakaian dah panjang berjela aku cite. Nanti aku sambung cerita lagi pasal interview plak ek. Ape yang ditanya waktu interview tuh. Kesian plak korang penin membaca blog aku ni panjang lebar. dah la tulisan aku ni pun hantam keromoh jer. huehuehue.. k, tunggu tips seterusnye dari TKSB ek. :-D jangan lupe komen bebanyak. :-)


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Pau Ahmad

Salam.. huhuh.. rasa cam lama jer tak update blog TKSB nih. Minggu lepas balik kg. Pastu baru pagi tadi balik Putrajaya. wawawa.. penatnye.. tuhan saje yang tau. Kali ni saja nak share sket..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat Malaysia ni...
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.
Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam…

Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti…


Ni gambar company tu. yang korang mungkin dah biasa tengok.

PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa…. nasib baik tak suka makan pau…. Glemer gak la jenama pau ni kan. Mesti korang dah pernah termakan kan?.. kan3?.. uwerkk.. :-|


P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Kerja Kerajaan Part 1#

Haii.. pekabo korang harini?.. wawawa.. bznye aku ngn keje sampai tak sempat nak update blog aku nih sejak 2 3 hari nih.. banyaknye perkataan "nih". heuheuehu.. Mesti korang pelik tengok topik entry aku kali ni kan?.. (ye ke pelik?.. :-/ ape daa wanshah ni..) minggu lepas ada sorang member blogging aku ni yang merangkap member skolah rendah aku gak. Kalau korang bleh tengok blog dia, tengok kat sini. Dah dekat 10tahun gak la tak jumpa dia. heuheuehu.. ( bile la nak jumpa kan.. )Dia tanya kat aku camne nak dapat keje gomen (Government @ Kerajaan bg yg tataw. huhuhuh... ) Coz aku dah keje ngn gomen. So, aku bgtau la kat dia nanti la aku cite kat blog. Cz bleh berkongsi sama pengalaman aku ngn peminat setia blog TKSB nih. ( huehueheuh.. pasan la ko wanshah. :-P )

Aku rasa cite aku ni terlalu panjang sangat la. Jadi aku nak seperate cite aku ni kepada beberape bahagian. So, korang ikuti la part² seterusnye selepas ini ek. :) Takde la korang penin+buhsan baca blog nih panjang². :-P


pic nih aku ciplak kat blog sini. tuan blog jangan marah yerk. :-P

Cmne aku apply Gomen?

Huhuh.. tu soalan biasa. dan jawapannye pun macam biasa la. :-) First skali korang kena apply dulu dengan SPA di Http://www.spa.gov.my. Bukan Spa-Q macam kat tv tu erk. Tu butik kecantikan. hueheuh.. So, pada tarikh 01/01/2008 adalah tarikh first aku apply ngn SPA. kebetulan time tu aku gatal² bukak website SPA. Tu yang terus register. :-)

Fakta: sebelum korang apply, korang kena pastikan jawatan yang korang apply tu bersesuaian ngn kelayakan akedemik yang korang ada. kalau korang ada UPSR jer, apply la utk UPSR punye jawatan. kalau PMR, apply untuk PMR punye la. begitu la dan seterusnye. huhuhu.. Time aku haritu, aku apply guna diploma. cz kebetulan aku baru jer grad time tuh.

p/s:- ape pun, korang kena sentiasa berdoa pada Allah mintak diberikan peluang dan juga kena percaya pada rezeki kite selalu. insyAllah Allah tu Maha Adil lagi Maha Pemurah. :-)

nanti aku sambung lagi ek. mesti korang dah boring baca panjang² camnih. :-) Jangan lupa ikuti pengalaman aku ni tau. Lepasni aku cite ape yang terjadi lepas aku daftar ngn SPA tu plak. :-)

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Wireman Bangla

Actually, aku nak wat posting pasal kad jemputan aku harini. Dah siap masuk sampul lagi sume kad² tu. stem pun aku dah beli. Ingat nk share la ngn korang gambarnye kat sini. alih² henset kamera aku tak bleh connect ke pc plak. hueheuehue.. (bara yang sedang membara.. ) sabo jer la yeop. :-( Tapi takpe la, aku ada 1 benda aku nak cite kat korang. Nak tergelak sakan aku tengok pic tu. Jap aku attach email dia kat sini. huhuhuh..

------------------------- email attached -------------------------------

Subject: WIREMAN BANGLA

Setelah menetap selama setahun di Kemaman aku mula merasakan kadang2 cuaca waktu malam dibilik rehat rumah ku agak panas juga. Melalui seorang kawan baik aku belilah kipas ceiling dan syarikat penghantaran telah mengupah seorang wireman Bangla untuk memasang kipas saya itu.

Saya lampirkan untuk tatapan tuan2 cik2 dan puan2 workmanshipnya yang sungguh hebat ini. Memang masih belum ada anak melayu yang sehebat ini.

Tengoklah sendiri kehebatan wireman ini.


p/s:- camne la nak perlahankan kipas tu ek?.. silap² putus tangan sampai ketiak. hueheuehue..

Korang ada yang teringin nak wat macam tu kat rumah ke?.. :-P


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top