Sedara-mara

7 Tips Resume


Korang ingat lagi tak entry pasal interview kerja kerajaan yang pernah aku buat pada penghujung tahun lepas. Harini aku nak kongsikan sikit lagi tips² yang boleh korang gunakan sewaktu nak pergi interview nanti. Tak kisah la korang nak gi interview kerja kerajaan ataupun private. Entry kali ni aku nak ceritakan tips² RESUME yang aku dapat dari saudara Jamaludin Bahari. Resume ni bukan sahaja perlu dibawak(bkn biawak.. =P) sewaktu temuduga. Tetapi jugak, korang boleh sertakan didalam surat permohonan sewaktu korang menghantar surat permohonan kerja ataupun praktikal. So, jom kita tengok tips²nya.

1.  Sediakan resume dalam Bahasa Melayu. Dalam BI boleh juga, tapi pastikan korang 'ready' untuk disoal
 banyak dalam English. (haa.. boleh ke? kalau tak bleh, wat la dalam BM yer. bahasa melayu, bahasa ibunda. :))

2.  Maksima resume - 2 muka surat! Usah lebih dari itu kerana ianya mampu membuatkan penemuduga 'malas' melihat kesemuanya.

3.  Gunakan gambar berwarna berukuran pasport pada bucu kanan resume korang..(gambar korang jer tau. jangan gambar berdua pakwe makwe plak.. memang kena pelempang la nanti. =P)

4.  Pastikan resume ditulis dengan ringkas tapi padat. Usah menulis panjang berjela (sebab ini bukan surat cinta).

5.  Resume hendaklah dicetak dengan kertas yang berkualiti. Disyorkan gunakan 'glossy paper'saiz A4. Ramai orang sediakan resume dengan kertas A4 nipis saja. Usah ulanginya(yang ni memang terbukti dimana² pun).

6.   Pastikan format susunan maklumat pada resume korang adalah betul. Pastikan ianya bermula dengan pengenalan diri anda.

7.  Gunakan font yang sesuai buat resume korang iaitu tahoma, arial, verdana atau calibri yang bersaiz 10-12. Jangan gatai² tangan guna font yang berkerawang-kerawang plak.

p/s: ada sape lagi nak tambah, bleh kongsikan kat ruangan komen ek. :-)  
picture credit to google.


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

3 komen yang best:

Che Kechik said...

glossy paper tuh yg camna wanshah??

sahromnasrudin said...

pastikan resume menunjukkan kelebihan diri kita dari segi tugas bukannya keriakan kita...huhuhuhu

wanshah said...

Che kechik: glossy paper tu kertas A4 biasa che kechik. cuma dia berkualiti & tebal sket la dari yang murah punye. :)

Shahrom: yup, tu memang terbukti shahrom. =)

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top