Sedara-mara

MyKAS? Ape tu?!

Adalah dimaklumkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau) akan mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) mulai 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun. Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin Sementara sediaada yang ingin menukar kepada MyKas adalah dibenarkan tetapi mereka akan dikenakan bayaran permohonan sebanyak RM40.00. Tiada sebarang perubahan mengenai prosedur penerimaan permohonan seperti mana sebelum ini.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, korang jangan terkejut plak lepasni kalau kat luar sana ada nampak orang guna mykad warna hijau camni. Eh, silap plak. yang ni bukan mykad, tapi MyKAS. tengok dekat kad tu dia ada tulis. =)(poyonye incik wanshah nih.. dah terang² la orang nampak..) Yang ni untuk pendatang asing yang duduk di negara kita ni buat sementara waktu bagi tempoh² tertentu jer. Kalau penduduk tetap, warna kad tu ialah merah dan dipanggil MyPR(Permanent Resident). So, lepasni jangan terkejut plak kalau tengok orang guna. Malu jer kite rakyat Malaysia tatau. huhuhhu..

p/s: ada sape² nak guna MyKAS ke?.. kena la jadi warganegara asing dulu. =P

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

24 komen yang best:

sahromnasrudin said...

mykas tak pernah dgr..myvi atau kas-kas pernah la dgr hahahahah....

wanshah said...

kas-kas makan banyak2 bleh ngantuk. =P

Aidi-Safuan said...

hahaha..nasib baik da gitaw. kalau tak, konfem aidi akan cakap tuh mykad palsu! :p

wanshah said...

xpe aidi, untuk makluman kita semua gak. :)

bakseng said...

kcian ya siapa yg memiliki mykas..xda pluang nk dapat warga negara ko?

wanshah said...

bakseng: peluang tu ada bakseng. tapi kena cukup syarat dulu la nk jd warganegara malaysia. salah 1syaratnya, kena menetap diMalaysia sekurang-kurangnya 10tahun, kena fasih berbahasa melayu. yg tu je sy tahu. :) tq 4 comment. :)

Honeybee said...

ic biru yg ada expired date ni pulak, ic MyKas juga ke? atau IC pengundi hantu???

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151019894386940&set=a.336611771939.154962.330360741939&type=1&theater

Wan Shah said...

Maaf cik honeybee terlambat reply. IC biru yang ada expired date tu sama jgk mcm mykas fungsi dia. skarang JPN dah tak keluarkan IC biru yang ada expired tu lagi. Sbb tu JPN keluarkan mykas. supaya orang tak keliru dan senang nak cam kalau pembawa ic tu adalah mykas(ganti kpd mykad yg ada tarikh luput). Dulu JPN keluarkan IC ada tarikh luput mungkin sbb masalah+kos printing kot. sbb kos utk beli mesin printing tu bkn murah. untuk jimat, guna mesin mykad, cuma tambah je tarikh luput tu. huhuh.. kalau tak silap la. utk lebih lanjut, better tanya bahagian perhubungan awam JPN sendiri. :)

Muhammad Azri said...

Mcm mane nak mohon mykas?

Muhammad Azri said...

Mcm mane nak mohon mykas?

Unknown said...

Apa kad itu dgunakan dlam PRU lepas undi trus dlam masa 5thun kena kad tu da xbermakna.apa motif kerjaan buat kad ni??

Analyn sayang said...

Apa kad itu dgunakan dlam PRU lepas undi trus dlam masa 5thun kena kad tu da xbermakna.apa motif kerjaan buat kad ni??

icyme said...

Macam mana procedure nak mohon mykas ye? Bayaran dia? :)

Ksyem said...

Wanshah awk beri fakta yg salah

Ksyem said...

Mykas ini adalah pemegang yg tidak diketahui status kewarganegaraannya atau stateless mereka ni golongan yg lahir di dlm negara bukan lahir diluar negara mykas hanya diberikn kepada mereka yg lahir dan mempunyai surat lahir malaysia

Ksyem said...

Mykas tiada arahan utk memohon taraf warganegara golongan ini lahir dan ada yg sudah mencapai umur dah tua tp masih lg memegang mykas kerana kerajaan malaysia menafikan kewarganegaraan mereka....mereka tidak sepatutnya digelar warga asing kerana mereka tiada negara selain Malaysia dan tak kenal sesiapa di negara luar termasuklh berbahasa negara asing selain malaysia kerana mereka lahir dlm negara

Ksyem said...

Wan shah....awk sndri dah letak kenyataan KALAU NAK MOHON MYKAS KENA JADI WARGANEGARA ASING DULU so apa ertinya tu ?bahasa sendri fhmkn maknanya mereka alien lh hahahaha jgn nak buruk status mereka jgn nak anti mereka sptnya kita simpati dgn mereka sbb status mereka yg mjadikn mereka malang lahir di malaysia hanya kerna tiada dlm perlembagaan mengenai status mereka tp senang senang saja warga asing kelahiran negara asing mendapat kewarganegaraan Malaysia sedangkn klu dri segi budaya golongan mykas adalah sebudaya dgn kita bcakap bahasa dgn kita hidup bsama dlm negara kita adil ke kita hina mereka sedemikian rupa

Ksyem said...

Dulu ic hijau atau lebih dikenali sekarang dgn nama Mykas diberi kepada warga asing yg mahu menetap dlm negara sekarang ic tersebut tidak dikeluarkn lg kpd mereka sayapun tak tahu kenapa..golongan tsebut ada yg sdah lama memegang ic tersebut namun masih tidak dpt menaik taraf status mereka malahan ditarik semula oleh kerajaan saya pun tak tahu knp..rentetan dri itu anak anak kelahiran mereka menderita kerana tak ada ic walaupun mempunyai bukti kelahiran atau sijil lahir malaysia...golongan ini sehingga kini masih terkapai kapai duduk dlm negara dgn kemiskinan tegar kerana susah mdptkn pekerjaan utk menyarah hidup mereka dlm negara sehingga kini inilah yg masih mereka hadapi masih bgelut dgn hidup sebagai orgbygbtak bernegara saya harap pihak kerajaan mencari jalan bagaimana nak selesaikn permasalahan golongan stateless atau mykas ni supaya kehidupan mereka lebih baik dan tidak menjadi golongn pelarian dibumi kelahiran sndri mereka ni tak ada negara so mmg kesianlh sbg insan yg inginkn hidup lebih selesa bukan dgn tekanan hidup yg boleh menyebabkn mereka jd penjenayah

Yahya Alya said...

Sy stuju sgt ksyem.. Sgt ssh utk terang kn kpd masyarakat sbb mrka sdh slesa sgt hggkn pupus rsa sensetiviti mrka dn x dpt lg nk jg dn hormati prasaan golongan ni.. Apa x nya pd pndangan masyarakat mrka ni adalah warga "asing".. Sdgkn mrka adalah sama dgn masyarakat lain jg.. Manusia berdarah merah jg bkn nya alien hgg d asingkn sedemikian rupa.. Ssh nk trangkn betapa sulit nya kehidupan golongan ni sy hdup dikalangan mrka dn umpamanya berat mata mmandang brt lg bahu memikul..:-( mrka yg ssh adalah amanah Allah utk dibantu dan dilindungi golongan ni bkn sj ssh utk bdikari dn cri pkrjaan sndri malahan zakat yg Allah tetapkn utk golongan asnaf yg lyk di dptkn (sebahagian golongan ni).. Amt sulit skli.. Agknya mrka x sdrkh kelak Allah akn mnta prtggungjwpn?? Sedarlah yg brkenaan.. Fikir sjnaklah..

sby said...

Pemegang mykas adalah mereka yg kebanyakannya lahir di Malaysia...semasa kelahiran mereka ibubapa tiada sebarang dokumen... Yg malangnya ibubapa yg melahirkan mereka akan mendapat taraf penduduk tetap Dan seterusnya mendpat taraf warganegara Malaysia mengikut undang2 yg sedia ada Dan syarat kelayakan yg telah ditetapkan... Manakala anak mereka yg memegang mykas pula amat sukar atau tidak akan dpt upgrade status mereka.. Ada org kata tiada undang2 utk menukar status mereka...

semangat berjuang said...

Sistem dahulu ic hijau lompat ke ic merah sangat mudah.bila tiba masa jpn akan tolng beri borang saja.tapi sekrg makin lama undang2 pun sudah semakin sukar membuka ruang bagi ic hijau. Bayangkan di sabah permit pelarian tanpa siji lahir senang senang dapt ic merah begitu mudah. Memanh tak lojek dan d terima aksl

semangat berjuang said...

Sebuah firman Allah - kasihilah anak yatim. Kasihila para janda. Kasihila fakir miskin . kasihila orang asing .kerana terdahulunya kamu adalah org asing

Related Posts with Thumbnails

Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top