Sedara-mara

Mari beramal dibulan puasa.


Picture credit to Google.

PROGRAM TAJAAN MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM/MISKIN DAN TAJAAN PAKAIAN HARI RAYA ‘EIDUL FITRI 1431H


"Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya Dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (HR Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1431H, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ-MAIWP akan membuka peluang sekali lagi kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk tajaan berikut:-

a. Iftar/Sahur kepada 100 orang anak yatim/miskin sekitar Kuala Lumpur
b. Pembelian set pakaian baru ‘Eidul Fitri 1431H untuk 100 anak yatim/miskin Kuala Lumpur

Kos tajaan makanan iftar/sahur adalah dianggarkan RM150 seorang untuk sebulan manakala kos set pakaian baru untuk setiap seorang anak yatim/miskin adalah dianggarkan RM250. Segala urusan bagi kedua aktiviti ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP tanpa mengenakan sebarang caj kos pengurusan kepada para penderma/penaja.

Tajaan/sumbangan terbuka boleh dibuat melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP dan tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek. Tajaan/sumbangan juga boleh dibuat secara pindahan wang "on-line" ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon sebelum difakskan ke 03-92895760, untuk perhatian Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ.

Kami juga mengalu-alukan penglibatan para penaja/penderma untuk turut sama di dalam kedua aktiviti ini. Sebagai makluman, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim/miskin pada 27 Ogos 2010 (Jumaat) bersamaan 17 Ramadhan 1431H di Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Teratak Nur Insan (NURI), Setapak, Kuala Lumpur. Kami juga akan mengadakan program pembelian pakaian baru ‘Eidul Fitri pada keesokannya 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H (Sabtu) di Pasaraya Mydin, USJ, Subang Jaya. Sehubungan dengan itu, para penaja/penderma dijemput untuk turut serta di dalam kedua atau salah satu daripada aktiviti ini.

Besarlah harapan kami agar program murni ini mendapat sambutan baik. Sekiranya terdapat lebihan wang terhadap jumlah tajaan, PPZ-MAIWP memohon untuk menggunakan wang tersebut dengan penganjuran aktiviti/program yang akan memberi manfaat kepada anak-anak yatim/miskin sebagaimana di atas. Mudah-mudahan tajaan/sumbangan kita akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pemberitahuan, sila hubungi Encik Amran Hazali, Ketua Unit Kanan Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ-MAIWP di talian 013-3335585 atau e-mailkan ke alamat amranhazali@zakat.com.my.

Sekian. Terima kasih.
--

Amran Hazali | Community & International Affairs | PPZ-MAIWP | Malaysia
T +60392895757 | F +6039289 5760 | HP +60133335585 | www.zakat.com.my

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

1 komen yang best:

sahromnasrudin said...

salam wan shah..thanks for d info..semoga ramadhan ini kan mempertingkatkan ketaqwaan kita kpd Allah SWT..Selamat Berpuasa kpd Wan Shah ya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top