Sedara-mara

Suntikan Vaksin HPV Boleh Membawa Maut

Suntikan Vaksin HPV Boleh Membawa Maut, Ibubapa Jangan Turunkan Tandatangan

Baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk memberi suntikan pelalian kanser pangkal rahim Human Papillomavirus (HPV) secara percuma kepada 300 000 remaja perempuan berusia 13 tahun mulai tahun depan. Program yang menelan belanja RM150 juta ini dianggap perlu bagi mengelakkan penularan penyakit kanser pangkal rahim yang semakin bertambah kebelakangan ini.

Adalah sudah diketahui semua orang bahawa penyakit ini hanya boleh menular melalui hubungan seks lebih-lebih lagi kerap bertukar pasangan. Apakah ini saja jalan terbaik yang ada untuk menghalang penularan masalah kanser pangkal rahim?

Tiadakah jalan lain yang lebih selamat dan berperikemanusiaan?

Adakah kita telah membuat kajian menyeluruh tentang keberkesanan program ini?

Mari kita lihat apa yang telah berlaku di negara Barat! Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. "Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya", kata ibunya.

Seminggu sebelum itu, Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Diane Harper, pengkaji yang yang bekerja dengan vaksin Gardasil dan Cevarix, ia sama atau lebih merbahaya dari kanser itu sendiri. Kemudian Dr. Harper menerima tekanan dari individu dan jurnal yang pro kepada syarikat farmasi untuk mengubah kenyataan beliau. Dalam laman web Guardian, kenyataan Dr. Harper telah diputarbelitkan untuk menyokong industri vaksin.

Setelah sangsi dengan laporan yang dibuat di laman-laman web pro-farmasi, Mike Adams (NaturalNews) sendiri telah pergi bertemu dengan Dr. Harper untuk mendapatkan penjelasan. Berikut apa yang dikatakan sendiri oleh Dr. Harper tentang Gardasil dan vaksin HPV:

"Kami belum tahu apa yang bakal berlaku apabila berjuta-juta dos vaksin diberi kepada manusia, sehingga mereka mengatakan anda mesti mengambil vaksin ini, bermaksud anda mesti menjadi sebahagian dari eksperimen awam secara besar-besaran. Maka kami tidak dapat melakukannya selagi kami tidak mendapatkan lebih maklumat."

"Jika kami memberi vaksin kepada kanak-kanak berumur 11 tahun dan ia masih belum berhasil, kami meletakkan dia dalam keadaan yang bahaya terhadap kesan sampingan, walaupun kecil, ia jelas, tanpa apa-apa faedah. Faedah untuk orang ramai tidak dipedulikan. Sebenarnya ia tiada pengurangan kepada masalah kanser pangkal rahim..." kata Dr. Diane Harper.

"....saya fikir ia adalah salah bagi pakar perubatan mengatakan kepada ibubapa bahawa ia (vaksin) 100 peratus selamat." - Dr. Harper.

Dr. Harper menghabiskan masa selama 2 dekad membuat kajian tentang HPV. Beliau memberitahu dalam program TV bahawa penggunaan vaksin begitu tergesa-gesa ke atas kanak-kanak perempuan yang terlalu muda tanpa ada jalan penyelesaian yang lain. Tiada kajiselidik selepas jualan dilakukan tentang kesan sampingan yang mungkin merbahaya kepada mereka. Ia hanya memberi faedah kepada syarikat farmasi Merck, tidak kepada kanak-kanak dan remaja perempuan.


Vaksin Holocaust
Dengan kematian yang semakin meningkat, vaksin menjadi bahan kimia pembunuh terbaru abad ini. Kanak-kanak dan remaja berbaris untuk diberi suntikan kimia yang dibuat oleh satu dari syarikat yang sama yang pernah menjalankan eksperimen Kem Tahanan era Nazi dahulu. Tahukah anda bahawa sebahagian dari dadah kimoterapi yang masih digunakan hari ini dihasilkan di bawah program senjata nuklear Nazi Jerman dahulu?

Vaksin tidak membunuh sebegitu ramai manusia jika dibandingkan dengan senjata gas beracun era Nazi, tetapi jumlah manusia yang bakal menerima suntikan maut ini adalah berkali-ganda ramainya dari jumlah tahanan Jerman dahulu.

Saranan saya, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak remaja perempuan - jangan beri anak anda suntikan HPV. Ia hanya boleh menular melalui hubungan seks. Di sana ada penyelesaian lain yang lebih baik dan pasti selamat - ikutilah tuntutan syariat dalam agama di mana kita dilarang melakukan hubungan seks sesuka hati tanpa ikatan perkahwinan.


Yang Betul,

2 komen yang best:

::FAIZ FARISH:: said...

Thanks 4 d Info. But mcm mana nak hentikan? Semakin Susah Dunia ni. macam2 benda. Apala Nasib anak cucu kita lain kali?

wanshah said...

faiz: jgn bagi kebenaran utk doktor buat suntikan tu kat ank² ko faiz. bahaya. tapi ko xkawen lagi kan?.. huhuh.. xriso sgt la.

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top