Sedara-mara

Ciri² Dajjal Part 1#

Lama sudah tak buat entry diblog ni. Masa tidak mengizinkan kerana terlalu banyak kerja sejak akhir² ni. InsyAllah kali ni aku nak kongsikan sedikit cerita yang boleh dimanfaatkan oleh korang semua.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."


Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.


"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.

Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi

oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.

bersambung..


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Background Image

Rasanya cam dah lama aku tak wat tutorial kat blog ni. Harini aku nak wat tutorial yang bleh kata agak penting gak la dalam mereka bentuk sesuatu template. Sambil² aku wat template baru, aku terus wat tutorial ni. Contoh korang bleh tengok kat sini.

Setelah korang baca tutorial ni, korang akan mengetahui cara² utk add background image atau picture pada blog korang, customize position image, dan membuat statik background image yang tidak bergerak bila korang skrol melalui contents blog korang.

Sebelum memulakan, korang perlu ada gambar yang nak dijadikan sebagai background. Jika perlu di-edit, edit dulu menggunakan apa² software contohnya photoshop dan sebagainya. Elakkan menggunakan gambar yang terlalu besar saiznye untuk mengelakkan proses loading yang lama untuk membuka blog tersebut. Selepas tu, uploadkan(bukan download ek.. ) image korang tu ke mana² image hosting supaya image itu dapat di akses melalui URL nya. Untuk mengUPLOAD gambar, boleh lihat tutorial Mendapatkan URL Image.

Setelah URL image tersebut diperolehi, login ke Blogger.com. Klik pada tab Layout -> Edit HTML. Skrol coding template tersebut sehingga korang jumpa coding seperti ini.

body {
background:$bgcolor;

1. Tukar Background Color.
Jika korang nak tukar warna latar belakang blog kepada kaler yang lebih unik, cari HTML code untuk kaler tersebut yang korang boleh cari di internet, ataupun dari software photoshop. Contohnye, katakanlah korang pilih kaler ni #B36481, So, gantikan coding diatas(coding asal) dengan coding berikut.
body {
background-color:#B36481;

kalau korang nak tukar kaler utk sidebar sahaja, gunakan coding berikut dengan code kaler yang korang suka. Cari kod #sidebar-wrapper{ kemudian tambah kod seperti ini. Jika dah ada kod untuk kaler, gantikan je dengan kod ini.
#sidebar-wrapper {
background-color:#FFFFFF;
Begitu jugak kalau korang nak tukar kaler untuk main post colum. Gunakan coding seperti dibawah ni.
#main-wrapper {
background-color:#B38481;

2. Menambah Background Image.
Gunakan coding dibawah ini utk menambah image pada background. Cari koding body { seperti langkah diatas tadi. Kemudian tambahkan kod seperti ini.
body {
background-image: url(URL address image anda);
Jika anda ingin tambahkan background image pada sidebar, gunakan coding seperti dibawah ini.
#sidebar-wrapper {
background-image: url(URL address image anda);
Begitu juga jika korang ingin tambahkan image pada main post body. Gunakan coding seperti dibawah ni.
#main-wrapper {
background-image: url(URL address image anda);

3. Repeat Background Image.
Secara default nya, jika korang gunakan image yang kecil, browser akan repeat image tersebut menjadikan ianya tile(berulang-ulang banyak kali).
Jika korang taknak ianya berlaku, gunakan coding dibawah ni untuk gambar tidak diulang-ulang @ repeat.
background-repeat: no-repeat;

Selain itu, korang boleh pilih untuk menjadikan image di-repeat secara Harizontal. Gunakan coding dibawah ni.
background-repeat: repeat-x;
Untuk repeat secara Vertical, gunakan coding seperti dibawah ini.
background-repeat: repeat-y;

4. Position Background Image.
Jika anda menggunakan image yang besar dan tak di-repeat, anda boleh gunakan coding dibawah ini untuk mengubah posisi gambar mengikut citarasa anda.
background-position: top left;

berikut adalah position² yang boleh digunakan:-
top center;
top right;
center left;
center center;
center right;
bottom left;
bottom center;
bottom right;

5. Static Background Image
Anda juga boleh jadikan image background anda statik(tidak bergerak). Secara default, image background akan bergerak sama apabila anda scroll content blog anda. Untuk menjadikan image tersebut statik dan tidak bergerak, anda perlu tambahkan coding dibawah ini.
background-attachment: fixed;

6. Letakkan Kesemua Code
Secara asasnya, koding template yang telah diubah mungkin akan kelihatan seperti dibawah ini. Anda boleh gabung semua kod² diatas dan menjadi seperti ini.
body {
background-color:#B38481;
background-image: url(http://i154.photobucket.com/albums/s255/ownlblog/narutosasuke1024x768.jpg);
background-repeat: no-repeat;
background-position: center center;
background-attachment: fixed;



p/s: jgn lupa tinggal komen anda disini ye?.. :-)



Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Kursus dan kursus..

Letihnye baru balik dari kursus. 3hari plak tu. hari pertama gi kursus best la. huhuhuh.. masuk hari ketiga, tak sabo² dah nak habis kursus. mana taknye.. boring giler la dok dalam kursus tu.

Ermm.. tak de idea la nak wat posting harini. Ada pape idea tak ek?..

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Sakit ketika bersalin

Ada satu pasangan yang telah berkahwin telah pergi ke hospital untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Apabila mereka tiba di wad bersalin, doktor memberitahu yang hospital sedang menguji sebuah mesin berteknologi tinggi yang baru dan mengagumkan. Mesin itu akan memindahkan sedikit kesakitan ibu kepada bapa bayi ketika si ibu sedang melahirkan bayi. Doktor bertanya jika mereka meminati untuk mencuba teknologi tersebut. Sebagai seorang anak muda yang moden pemikirannya, pasangan tersebut berkata mereka berminat dan bersetuju untuk mencubanya.

Setelah kelengkapan dipasang pada si ibu dan bapa, proses melahirkan anak dijalankan. Doktor telah set kan kesakitan itu pindah kepada sibapa sebanyak 10 peratus untuk pemulaan. Ini bermakna, 10 peratus mungkin akan menyebabkan sibapa merasa lebih sakit daripada yang pernah dialami sebelum ini. (Doktor adalah seorang wanita, oleh itu - cara mereka mengkhusus kepada menyantuni satu sama lain dalam menjalankan proses-proses kelahiran).

Disepanjang proses kelahiran itu, si suami masih berasa baik. Kemudian, dia melihat isterinya mula merasakan tidak selesa. Dia bertanya kepada doktor untuk meneruskan dan minta doktor naikkan satu takuk atas(naikkan tahap kesakitan). Dia akan mengambil lebih kesakitan dirinya daripada melihat isterinya menderita.

Doktor kemudian menyelaraskan mesin itu untuk pemindahan 20 peratus tahap kesakitan.

Suami masih berasakan biasa dan sihat sahaja.

Doktor itu kemudiannya menyemak denyutan jantung suami dan tekanan darah dan kagum akan si suami kerana dia melakukan dengan baik sekali. Pada ketika ini mereka memutuskan untuk mencuba pada tahap 50 peratus pula. Suami itu meneruskan dan masih berasa betul-betul baik.

Sejak pemindahan kesakitan itu berlangsung, nyata ianya sangat membantu si isteri. Si suami itu menggalakkan doktor untuk membuat pemindahan KESEMUA kesakitan si isteri kepadanya. Si isteri itu telah selamat melahirkan bayi sihat dengan hampir-hampir tidak merasa kesakitan, dan suami juga masih tidak merasakan apa-apa kesakitan. Si isteri dan suaminya gembira kerana membuatkan si doktor kebingungan memikirkan hal tersebut.

Apabila mereka pulang ke rumah setelah selamat melahirkan anak di hospital, mereka menemui mayat posmen pada anjung rumah.

p/s: ayat yang last skali tu faham² la ek. :-P lu pikir la sendiri bak kata nabil raja lawak. huhuhu..


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Blog berhabuk da..

Assalamualaikum w.b.t.
huh.. berhabuk dah blog aku nih setelah ditinggalkan lebey kurang seminggu. Mana tak nye.. dah bz jer memanjang. huhuhu.. kesian korang masuk blog aku asyik tengok benda yang sama je. :-)
thanks ek pd korang sume kerana sudi meluangkan masa diblog aku nih. huhuhu..

Week lepas aku bz ngn keje luar. Dah termasuk dalam team mobile, so kena la gi merata² tempat atas urusan kerja. Nak tau keje pe aku wat?.. Nanti² la aku cite dalam entry lain ek?.. :-) Tu yang tak sempat nak wat entry kat blog ni. Nak update kat rumah tak bleh. cz aku dah terminate berukband aku. Cz line dia tak stabil la. bukak benda lain laju jer. tapi nak bukak blog, asyik "request not found" jer. aku call celcom center tu, dia cek kata tak de pape masalah plak. last² aku terminator terminate jer. Cz dah geram sangat nak update blog tak bleh. Ape yang penting, kerja sama.. blog la yang no satu kan?.. kan?³..

Last wekend aku balik melaka. Biasa la jumpa wife tercinta. :-P cuti lama la katakan. :D cz hari isnin haritu aku cuti Hari Wilayah. Tapi kitorang aku ngn wife tak gi mana sangat pun. Dok rumah sembang² n tolong dia wat kerja skolah jer. Pastu gi jenjalan kat mydin mitc melaka. Sempat la shoping sket² barang² keperluan. (cewah.. dah practise beli barang dapur. heuheuehu.. ) Ape pun, ok gak la harga kat situ. Ada yang murah if nak dibandingkan ngn pasaraya lain. tapi ada gak yang mahalnye. :-)
p/s: ada sesape wat contest tak?.. nak join nih. :D

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top