Sedara-mara

Pisang salai =)


Update blog dipetang hari. =) saje takde keje. huhuh.. nak amik pic, letak kertas putih dulu bawah dia. kasik menyerlah sikit. baru la terliur tengok. huhuh.. thanks kak ju bagi saya kerepek pisang. tak tau nak panggil ape kerepek ni. Blasah la pisang salai. :-) sedap oo.. nak ke? nanti la ek. tunggu incik wanshah habiskan dulu. =P

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Bumi berputar dari Timur ke Barat?

Huhh.. sedau tak sedau, dah hari jumaat rupenye harini. bestnye esok cuti. huhuhuh.. (haa.. mentang² la esok nak cuti, jangan nak mengelat plak wat keje harini wahai incik wanshah.. =P) week ni plan nak balik ipoh. Ipoh mali oo.. ada sesape nak tumpang balik ipoh ke?.. satu seat tempat duduk, RM250 jer. available seat ada 4. huihh.. sekali jalan bleh untung RM1000 tu. cukup 10kali jalan, waa.. manyak untun oo.. waa bleh jadi teksi driver. hahah.. ape la aku dah mengarut pepagi jumaat nih.

Sebenarnya aku nak mintak pengesahan semua yang melawati blog usang ni tentang email yang aku dapat. Maklum ler dah lama tak bukak email. So smalam bila bukak email, ada 1 email yang menarik perhatian aku. iaitu tanda² hari kiamat. Pihak NASA (bkn nasarudin ahmad yang program tv Perdana Ria dulu² tu tau.) telah mengesahkan pada bulan Jun ni bumi dan planet marikh akan berhenti seketika dari berputar dan akan mengubah arah putarannya dari timur ke barat. Secara tak langsungnye, maka matahari akan mula terbit di barat dan tenggelam di timur. Ini sudah terang² diceritakan didalam Al-quran dan Hadith Nabi S.A.W. kat bawah ni email tersebut yang dikirim kepada incik wanshah. ada sape² bleh confirmkan ini memang NASA yang keluarkan?.. bukan apa, saje nak tau cz ada mana² pihak yang saje membuat propaganda untuk menjadikan manusia ni kacau bilau dan jugak saje² nak cari populariti. Mati itu pasti. hari kiamat itu jugak pasti.

klik pd gambar untuk besarkan gambar.

p/s: kalau benar, masyAllah.. sama² lah kita bertaubat sebelum terlambat.

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Blog berhabuk da..

Testing²..satu.. DUA.. Tiga.. haa.. nasib baik masih bleh guna lagi blog nih. =D lama gak incik wanshah tak update ini blog. Penat betul gi berkursus. Smalam baru start kerja. ingat nak update la blog semalam. banyak betul keje tak setle. maklum la dah dekat 2minggu kuar dari opis. balik jer opis banyak la benda nak kena wat. nasib².. Thanks pada semua yang sudi melawat dan komen² di blog usang yang tak seberape ni walaupun tak update lama. Seperti mana yang telah dijanjikan, akan ku update jua gambar² sewaktu berkursus (haa.. kan dah keluar ayat sastera kat situ. =P). time kursus haritu siap ada kelas sastera+gurindam+pidato. time bergurindam tu, kena la reka pantun sendiri. Ada sorang tu, tak tau la dia nak wat lawak ke ape. mula dia berpidato pasal Lelaki Melayu ni tak romantik. Betul ke?sebab tu la banyak bdk² perempuan melayu ni lari ikut orang indonesia lari ke Lambok. Pastu keluar la pantun dia camni

Anak kumbang mati tersekat,
Anak udang berlari-lari,
Ku pinang-pinang tak dapat-dapat,
Lagi senang ku bawak lari.

Adoyai.. patut la ramai yang ikut balik oversea.
Waktu sampai haritu dapat bilik 204 (macam pernah kulihat bilik ini. tapi dimana ya..). Baru aku teringat dulu penah kluar cite Blok 404. tak tau la korang penah tengok ke tak.
Suasana dalam dewan kuliah yang memboringkan. huhuhuh.. ape yang penceramah cakap, semua betul cz semua angguk jer. ape yang betulnye tak tau la..
Ni hari keberape pun tak tau la. saje jenjalan pusing pulau. Berenang sakan pusing pulau. penat giler arr.. kalau korang percaye la. huhuhu.. (cess.. memain plak.. korang tengok pic tu. aku sudah semakin tembam. wawawa.. camne nak kurus ni..)
Haa.. menatang ni la aku naik pusing² pulau. RM6 jer sejam. Ok la tu dari naik kuda pusing yang kat funfair tu. Mahal nak mampos. RM3 bleh naik berape minit jer pastu plak tak bleh bawak jenjalan jauh² cz kuda tu pusing² kat situ jer pun(ape la incik wanshah sudah merepek nih.. idea dah beku la tu lama tak berblogging. huhuhuh.. )
Ni plak pic antara hari² yang dah nak last gak la. tempat kosong pun dah semakin banyak cz makin ramai yang menghilangkan diri. Mana tak nye.. tetiap hari masuk dengar ceramah jer. mau muntah 3minit tak berenti².. semua muka nerd jer tak sabo nak balik.(pehh.. mengata orang no 1 aku ni. huhuh..)
Ni plak pic malam last sebelum balik. Sempat lagi diorang berkaroke. aku yang tak pernah karoke pun blasah jer la satu lagu. Cz banyak sangat permintaan dari peminat suruh menyanyi. Diorang ingat aku ni Irwanshah ke?.. adess.. sabo jer la. Aku pun amik mike, blasah lagu MAWI satu. huhuhuh.. itu jer yang aku tau. padahal takde la minat mawi sangat pun.

p/s: kalau korang nak melawat pangkor, ok gak la. best..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Kurus lagi?

Hah! tak de kene mengenanye ngan kurus. Kalau aku kurus, tiga hari tiga malam la hujan lebat campur guruh tak berenti². Smalam petang, orang admin kat opis aku hantar surat kat aku. Ingatkan surat cinta ke ape ke.. rupanye surat gi KURSUS INDUKSI. Adoyai.. malasnye nak gi kursus lagi. Kerja yang ada pun banyak lagi tak siap. ni dah nak kena gi kursus plak. Ayat surat tu lebih kurang camni la. 

Y.Bhg. Datu/Tuan/Puan,
TAWARAN MENGIKUTI KURSUS INDUKSI UMUM BIL.2/2010 PADA 18 HINGGA 27 APRIL 2010 DI GOLDEN BEACH HOTEL & RESORTS, PULAU PANGKOR, PERAK

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y. Bhg. Datu/tuan/puan kepada perkara di atas 

bla..bla.. (ada hati perasan jadi Datu ko ni wanshah. huhuhu.. korang jgn main², mana tau tergerak hati aku nak cipta rekod malaysia ke nanti. free² jer dapat datuk. :-P)

Memandangkan aku dah planning macam² nak wat week ni, aku ingat nak cancelkan jer la gi kursus tu. Tapi rugi plak kalau cancel. nanti makin lambat la aku sah jawatan. wawawa.. tak nak.. tak nak.. aku pun bukak google, then search la overview hotel tempat berkursus tu. Tengok view dia bleh tahan gak la. So, aku pun kire ok gak la. yang malasnya, dekat dua minggu gak la kena gi sana tak bleh balik.


ni overview hotel tu jer. bukan sebab aweks berposing tu aku jadi gi sana plak. hueheuheuhe..



Nanti balik aku publishkan pic² kat sana dalam blog ni eh. kalau aku lupa, korang ingat²kan la. wawawa.. malasnye nak gi KURSUS.. kURsus.. kursus.. :-(

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.



Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Tips berjimat cermat

Pagi tadi aku dapat email dari seorang member mengenai tips-tips utk berjimat. Rasa macam nak kongsikan kat blog nih (dah kongsi dah pun..) Pernah tak korang keluar rumah untuk membeli sesuatu dan kembali ke rumah tanpa membeli barangan tersebut? Atau pernah tak korang keluar untuk melakukan sesuatu perkara dan kembali ke rumah tanpa dapat melakukan perkara tersebut?

Kenapa incik wanshah tanya? Kan tu perkara biasa. Ramai orang jugak macam tu. Jadi jangan korang ikut-ikutkan macam mereka. Kita lain. Kita adalah golongan yang menitikberatkan soal penjimatan (tapi bertempat dan agak² la jugakkan..). Bukan pula berjimat membuta tuli.Silap² langkah boleh terjerumus ke lembah kedekut nanti.(bleh la aku panggil korang Haji Bakhil. :-P)

Tapi apa masalah sebenarnya? Dengan terlalu kerap keluar rumah, pada akhirnya korang akan terbeli jugak perkara² kecil contohnya seperti minuman dan makanan ringan. Kalaulah tidak singgah makan dimana² atau membeli barangan menarik pada cinta pandang pertama. Korang faham² la maksud aku kan?.

Mari kenangkan kembali, berapa kalikah korang telah melakukan perkara ni? Cuba renungkan semula berapa wang yang sudah dibelanjakan tanpa korang sedari.

Korang jangan salah faham pulak, bukan maksudnya tidak boleh keluar rumah. Itu adalah sesuatu yang mustahil. Cuma kurangkan kekerapannya sahaja. Pasti bolehkan..

Selain itu, amalkan petua yang tok guru turunkan ini:

1. Pastikan waktu waktu tempat yang korang ingin tujui itu dibuka dan ditutup.
2. Dapatkan kemudahan perbankan Internet.


Dua petua ini je ke? Iye la.. dua petua ni je, dan dua pertua ini sebenarnya cukup menjimatkan wang korang sehingga Rm200 sebulan. Itu paling tidak. Maknanya aku bagi dh korang wang percuma la hari ini.(haa.. cepat belanje incik wanshah makan. huehuehue.. :-P)  Aku dengar korang kata terima kasih. Ok sama-sama. Hehehee..
Petua pertama itu memastikan korang tidak pulang dengan tangan kosong. Petua kedua pula menjimatkan wang bahan api, tenaga dan masa berharga korang. Manakala dengan mengurangkan kekerapan keluar rumah, ehemm.. memang banyak yang boleh dijimatkan. Antara pembayangnya; tempat hiburan, perbelanjaan mendadak, masalah social dan pelbagai lagi. Mudah tapi berimpak besar!

p/s: Selamat mencuba la ye :-)..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.



Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Telur Tiruan(Fake Eggs)

Hah? betul ke ada telur tiruan?.. skarang ni macam² dah orang boleh buat. zaman dah semakin canggih. So, korang kena hati² la bila beli telur tu ek. Mana la tau kan cz korang terbeli telur yang tak ori ke. haa.. lantak.. tak tau.. Tapi antara telur original dan telur tiruan mesti ada perbezaan jugakkan?.. so, jom tengok kat bawah ni. mana tau korang dah termakan ke. :-)
Di China terdapat sekolah-sekolah palsu dan kelas yang mengajar pelbagai jenis teknologi penipuan, yang mana telur pun boleh dibuat dengan menggunakan bahan-bahan kimia, dan juga dapat digoreng seperti biasa. Pada masa ini, subject membuat telur tiruan ini adalah yang paling popular. 

Langkah 1 modulasi bahan-bahan mentah
Menggunakan 7 jenis bahan-bahan kimia, lihat picture di bawah.

Telur tiruan dibuat daripada kalsium karbonat, kanji, resin, gelatin, tawas dan produk kimia lain

Langkah 2 penghasilan telur.
Telur mentah kedalam acuan untuk 2 / 3 penuh, letakkan kalsium klorida, dan pewarna mati.
'kuning telur' akan dibentuk dalam acuan bulat.
'Magic Water' mengandungi kalsium klorida akan digunakan.

Langkah 3 bentuk telur palsu
Dalam acuan masukkan 1/3 kuning telur, seperti gambar dibawah.

Dengan menambah satu pigmen kuning, kuning telur mentah tiruan akan terbentuk.



Kulit yang keras kemudian dibentuk dengan menyalutkan lilin parafin ke atas telur,
yang mana kemudiannya akan dibiarkan kering.

Oh yess!! telur tiruan dah pun siap. Cengkerang telur tiruan sangat rapuh
dan mudah pecah. Tapi sape kesah kan?.. "Ada aku kesah?!!"
Tengok pic kat bawah ni. nampak memang macam real kan?

Banyak buih-buih kecil terhasil semasa menggoreng telur. Tapi tak banyak orang yang boleh memberitahu perbezaan antara telur tiruan dan yang original ni. Pandangan telur dengan tepat nampak sama, dan telur tiruan ni rasanya lebih elok daripada sebenar(katanya la..) tetapi benda ni boleh menambah statistik orang keracunan makanan.
Kos untuk menghasilkan telur palsu hanya 0.55 Yuan/kg, manakala telur yang original mengikut harga pasaran ialah 5.6 Yuan/kg (harga mengikut matawang China).

p/s: kalau korang dah termakan benda ni, bagitau la aku sedap ke tak. nak tau jer. nak makan tak berani la. huhhuhuh..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Berblogging semula

Assalamualaikum w.b.t. Ermm.. camne ek nak mula berblogging smula nih. Takde modal la. Tapi nak update gak blog nih. huhuhuh.. ape² jer la. Smalam petang aku baru jer balik dari Terengganu. huh.. penatnye jangan cakap la. sampai harini terasa lagi penatnye. Mana taknye.. seminggu gak la kitorang berkampung di Terengganu kat TTC. Rugi oo.. kalau korang tak datang haritu.

Pagi ni tadi aku saje bukak nuffnang. saje nak tengok analytics tu. Slalu gak la aku tengok benda tu cz nak tau berape ramai pelawat yang datang ke blog aku. So, aku pun try la tengok pelawat utk bulan Mac(bulan lepas) punye.
waa.. terubat gak la penat aku ni bila tengok unique visitors bulan lepas sebanyak tu. Bagi blogger & blog yang baru nak naik ni, bilangan unique visitor sebanyak tu kire ok la tu. Bukan senang nak tarik traffic ke blog kite. Lain la kalau kite ni artis. Orang sendiri yang akan cari blog kite. huhuhuh.. tak mo la aku jadi artis. Terima kasih aku ucapkan kepada visitors² blog TKSB ni yang sentiasa sudi melawat blog yang tak seberape ni. Dan terima kasih gak kepada otai² blogger yang mengajar sedikit sebanyak teknik untuk menarik traffic/pelawat ke blog kite. InsyAllah akan ku usahakan lagi pada masa² akan datang.

p/s: haa.. komen jangan tak komen pulak.


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top