Sedara-mara

DIALAH PROFESORKU IBUKU

Hayatilah tulisan ini dan selami seikhlasnya, insyAllah airmata iman dan taqwa akan bercucuran tanpa kamu sedari. Kerana kita sbg manusia sering lalai.

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s:- sama²lah kita muhasabah diri..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Tata Cara Berdoa.

Sedikit Ilmu untuk dikongsikan bersama......
Selingan dipagi Sabtu..
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.  
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
 


Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .  
Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. 

Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:-
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat  yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

 


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Korang kuat makan gula?

Hmm.. entry kali ni lain sket. incik wanshah mau tujukan kepada korang² yang kuat makan gula. haa.. kena jaga² nih. nanti kaki kena potong tatau.. kaki tak bleh jalan jer. tapi kalau tangan kena potong, macam mana mau taip entry blog² kesayangan korang tu?.. haa.. meh layan gula-gula kat bawah ni. hati² kalau nak makan tu.


p/s:- sayangilah diri anda. pesanan dari TKSB.


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Update


Rasa macam tak nak update harini. Tapi dah terupdate plak. huhuhuh.. sory kengkawan smua cz aku dah seminggu lebih tak update blog ni. segan la plak pada keyboard ni nak menaip smula entry blog TKSB nih. Rasa cam lama sangat dah tak hupdate. =) insyAllah dipanjangkan umur akan aku terus mengupdatekan blog nih. (ntah ape² ayat yang kuar da... ) Ok, setakat ni saje hupdate harini. =P esok aku wat entry best punye ok..


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Edisi Terjah #1

Edisi terjah blog TKSB kini bermula. =) haa.. ntah tetiba plak aku teringin nak terjah blog orang. Smalam tengah² mandi ilham pun datang(assalamualaikum.. ilham datang ni nak jumpa incik wanshah..) kacau daun betul la ilham ni. orang nak mandi pun tak senang. heuhuehueheu.. ape da mengarut ni.. Ok, jom tengok sape yang kena terjah!!! zasssSS!!!


pic ni aku curik dari blog dia. jgn mare ye bro shahrom.. =P

Aku mula kenal dengan sorang bloggers ni waktu blogwalking,jogging n running. heheh.. tetiba terjumpa la blog nih --> http://sahromnasrudin.blogspot.com/ <-- Owner blog ni tersangatlah sporting dan cool orangnya. tengok blog dia pun cukup la. simple n steady. Blog beliau juga ada peminat² tersendiri. Haa.. korang nak tau kena la terjah blog dia. Klik Sini.


Kat bawah ni plak komen dia first² skali dalam blog TKSB nih. Mula² masuk blog nih malu² kucing jer. skarang dah jadi member baik dah nih. hueheuh..


Haa.. kat bawah ni plak, nama bro shahrom ni dok kat rangking paling atas skali antara pengomen² blog TKSB nih. Sebab tu la blog dia diterjah dulu. heheh.. 
So, korang kena la rajin² mengomen diblog TKSB nih ek. Nanti incik wanshah akan pergi terjah blog korang sume satu persatu. Ni baru "Edisi Terjah #1" lepas ni edisi 2 3 4 5 dan seterusnye. hehehe.. sape yang kena?.. tungguuuUU.. Ape macam? ok tak?.. =P

p/s: tak puas hati la team beregu badminton malaysia kalah ngn skuad jepun..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top