Sedara-mara

Merdeka.. merdeka.. Merdeka...

Ha.. haa.. Haa..Ape kabo smua?.. selamat menyambut hari Merdeka yang ke-53 incik wanshah ucapkan kepada smua rakyat Malaysia. Kalau bangla, takkan la nak sambut merdeka negara kita plak kan?.. heuheu.. guro jer. Tahun ni Merdeka Raya la kita rakyat Malaysia ek. Sape yang nak wat baju raya tu, bleh la wat yang ada jalur gemilang ke. :P kalau amik bendera Malaysia tu wat baju raya, fuhh.. memang tabik spring la. :) baru la semangat patriotik namanya kan?.. Sempena hari Merdeka ni, terpulang la korang nak sambut dengan pelbagai cara skali pun. Nak lari satu kampung bawak bendera ke, nak lari 1malaysia ke, tapi kena ingat. Puasa tetap puasa tau. heheh.. tatacara dan jugak kelakuan kita sebagai rakyat Malaysia kena jaga. Jangan merempit ke, wat keje takde faedah plak. Ape pun, bersyukur la kita kehadrat ilahi kerana masih lagi dikurniakan kepada kita untuk mengecapi nikmat kemerdekaan dinegara sendiri. 

Perbetulkan mindset kita supaya tidak lagi dijajah oleh fahaman² barat. Cewahh!!.. cam ayat ahli falsepah plak. :P Teringat incik wanshah pd satu Hadith Nabi s.a.w waktu blajo disekolah dulu. Rasulallah s.a.w. pernah bersabda "Sesungguhnya mencintai negara itu adalah sebahagian daripada iman." Jadi kita sebagai orang Islam yang beriman, renung²kan lah, dan selamat beramal ye.. Puasa tetap puasa tau. jgn ada yang mengelat disiang hari plak.

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

New Proton Waja Lancer.

Sesiapa yang nak beli kereta baru tu, nanti²kan dulu la keluaran terbaru Proton tahun ni ye. Takut nanti monyosal tengok Proton Waja baru tu lagi lawa. hehe..  Tahniah! Encik Proton.. Proton dah bekerja sama dengan Mitsubishi Motor untuk mengeluarkan Proton Waja model baru mengikut design Mitsubishi Lancer. Katanya Proton Waja terbaru tu sebijik sama macam Lancer. Enjin pun dengar kata menggunakan enjin Mitsubishi Lancer. Tapi bukan la enjin Mitsubishi Lancer yang baru tu. Mungkin enjin Lancer model yang second latest(ayat blasah jer..) punye kot. huhu.. Tadi ada la terjumpa gambar yang dirender oleh beberape designer 3d. Gambar tersebut bukan lah gambar Proton Waja Lancer baru yang sebenar. Tapi hanyalah gambaran semata-mata memandangkan Proton nak combine ciri² Waja dan Lancer sekali gus lantas menghasilkan Proton Waja model baru. cewahh.. ayat jawa teluk intan la plak.. Meh tengok gambar kat bawah ni. Nampak macam Ok la jgk kan?.. Tapi model sebenar nanti mungkin lagi lawa dari ni kot.
Harganya dalam lingkungan RM100k kebawah. Tapi ada gak dengar Proton nak letakkan harga RM80k. Kalau design dan kualitinya Ok, boleh sangat la guna kan?.. disamping dapat membantu industri pengeluaran kereta tempatan. Kat bawah ni pulak image bagi gambaran dari pandangan sisi.
ada gaya macam lancer kan?.. tapi ni bukan model yang sebenar ye. So, mana² yang nak merasa pakai Lancer tu, sabo² la ye jgn beli kete baru lagi. Nanti dah kuar model baru, nak trade-in rugi. huhuhuh..

p/s: alaa.. tahun ni balik raya naik kete lama lagi la ye.. :P

pic credit to http://paultan.org/

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Pokok hiasan beracun!


Pagi tadi incik wanshah ada dapat email dari seorang sahabat ni. Katanya info ni sangat penting dan incik wanshah pun rasa memang penting kongsi info ni. Untuk keselamatan keluarga kita semua jgk. Korang mesti tak percaya pokok macam dalam gambar kat atas tu beracun kan?.. slalu gi rumah orang, banyak je tengok orang wat hiasan cz nampak lawa. tapi tak tau la plak benda tu beracun n bahaya rupenye.. Ikuti email dari sorang sahabat tu kat bawah ni ye. zasSS!!..

Dear all; 
Mesej ini adalah benar. Saya hampir kehilangan anak perempuan saya yang memasukkan sebahagian daun ini kedalam mulutnya dan kemudiannya lidahnya membengkak sehingga dia hampir² meninggal dunia. Ini adalah salah satu tanaman yang mana terdapat juga tanaman lain yang sama ciri² dan pewarnaannya.  Terdapat tanaman yang hampir sama dengan ini adalah beracun, dan kita harus singkirkan dari laman rumah kita. Pastikan kita sentiasa memerhatikan anak² kita yang masih kecil. Jika kita menghantar anak kita kerumah pengasuh, kenalah pastikan tempat tu selamat dimana mereka boleh bermain..
"Tanaman ini yang kita tanam di rumah dan di ofis sememangnye berbahaya! Definitely dangerous! (incik wanshah tambah :P) Tanaman ini biasanya banyak terdapat di Rwanda, iaitu di  Great Lakes region of eastern-central Africa. Selain itu terdapat juga di kebanyakan ofis dan juga dirumah².  Ia mengandungi racun yang boleh membunuh terutamanya kanak². Ia boleh membunuh kanak² kurang dari seminit dan boleh membunuh orang dewasa dalam masa 15minit. Ia sepatutnya dicabut dari kebun² dan dibuang keluar dari ofis² dan juga rumah². Jika tersentuh pokok ini, jangan sekali-kali menyentuh mata kerana ia boleh menyebabkan buta separuh ataupun buta kekal. Jadi, tolong beritahu rakan-rakan dan sudara-mara anda."

p/s:- ada 1 lagi artikel berkenaan kajian saintifik pasal pokok ni dan terbukti memang bahaya. Tapi panjang sangat kalau nak dimasukkan dalam blog ni.

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Tengok planet marikh mlm ni.

Pastikan korang tido lambat malam ni ek. Khamis, 26 Ogos selepas beberapa minit melepasi 12tgh malam, korang akan nampak bulan tu kelihatan ada dua. Tak ada sape² yang hidup sekarang ni akan nampak kejadian tu lagi sebab kejadian seperti tu akan berlaku semula pada tahun 2287 menurut saintis nasa. Tapi tak mustahil kalau dengan izin Allah korang boleh jumpa lagi kejadian sama seperti ni.
Planet Marikh akan menjadi lebih terang di langit malam bermula Ogos. Ia akan kelihatan seperti bulan penuh dan terang pada pandangan mata kasar. Menurut kajian, benda ni akan berlaku pada 27 Ogos apabila Marikh berada terlalu hampir 34.65M meter dengan bumi.
Pastikan korang tengok langit pada 27 Ogos 12:30 am. Ia akan kelihatan seperti bumi ada 2bln. wAllahu a'lam.

p/s: harap² la malam ni tak hujan ye.. 


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Seterimiks baru disambungkan.

Assalamualaikum w.b.t. Selamat pagi cikgu!(gaya ala² dalam kelas upin ngn ipin). Al-maklum la kat rumah dah dapat seterimiks. Ingat TM, ingat upin ngn ipin. hahahaa.. dah start mengarut dah pepagi nih. Dekat 2bulan menunggu, akhirnya dapat gak masuk. Bagusnye TM buat kerja. Pantas giler la. Opss.. sory².. ni bukan puji. tapi perli. wawawa.. mahap la kalo ada yang terase ek. Jenuh dah 2 3 kali gi TM point tu. siap bleh tertukar pakej plak tu. Daftar pakej lain. Sekali orang datang nak pasang, tengok dah bertukar pakej lain. Cancel pasang, terpaksa gi TM utk ubah pakej balik. Kali kedua nak datang pasang, pun camtu gak. Kali ketiga, nasib baik Ok. Smalam test connection, Ok la laju connection dia kalau nak dibandingkan dengan speed berukband. Brukbeng pe tak bleh bgtau. nanti kecik hati beruk tu. huhuh.. So, lepas ni bleh dah la aku nak hupdate blog bebanyak. (Semangat yang hangat² taik lembu. hueheuhe.. ) Tak caye ek?.. nantikan keluarannye akan datang. :P
Rasanye skarang ni kalau langgan pakej seterimiks, suma dapat modem router camni gak kot. heuehe.. lepasni bleh roger² incik wanshah waktu malam ye. :)
beserabutnye alahai.. malehnye nak kemaskan. Meh sape² nak tolong kemaskan. saya belanje megi bebuke puasa. Ok la kan?.. heheh.. kalau nak makan sedap², kena jumpa kak wana. Hari² kak wana masak sedap². :P Klik jer sini http://www.potretkasih.com/ kalau nak gi rumah dia ek.Blogger

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Coklat dah sampai :-)

Thanks ye cik azue. Cepat betul penghantarannya. Siap hantar ke meja saya lagi orang courier tu. Tapi orang courier tu kata, "lepasni you pesan dekat sender suruh attached no fon receipient sekali ok.". Kesian dia pusing² satu department ni carik saya. hueheuhe.. ape pun, coklat tu ok je tak cair cik azue. Besau gak coklat tu sebijik. Ingatkan kecik je. :) sape² nak order, bleh la tengok kat sini ek. :) http://cekelatkuazue.blogspot.com/


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Kerepek Potong

Kerepek Potong Ipoh Mali.. tempahan sekitar Putrajaya dan KL sahaja.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kerepek potong, boleh order dengan saya.
Harga murah, segar dari ladang. huhuh..


pic kredit to google.

1/2kg - RM5.00 sahaja.
1kg - RM10 sahaja. (Makan tak habis 1family).

kat luar orang jual 1kg - RM18. Sesiapa nak jadi pengedar pun boleh order.
Tempahan sehingga Jumaat ni 27/8/2010. Kerepek akan diterima pada Isnin 30/8/2010 (segar dari ladang).
Stok terhad untuk 100kg sahaja. Sape cepat bleh dapat. :)

H/p:- 0136273391

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Bahayanya makanan di INDON..

BERHATI-HATILAH PADA MEREKA YANG HENDAK PERGI BERCUTI DI SEKITAR BALI, BANDUNG , JAKARTA .... INDONESIA

Pada mereka yang pernah pergi Indonesia ...korang sure ke yang korang makan tuh ayam goreng? Haa..???
Betul ke, macam tak percaya gitu???????
Di beberapa tempat di Indonesia tikus sawah ada yang dimakan?
Kalau tidak ingin memakannya, kena la di interview aje dulu dagingnya?
Tetapi yang paling membedakan adalah struktur tulangnya, tiap binatang mah beda maka nya harus belajar anatomi tikus, ayam dll.

Hati-hati.. kelihatannya seperti daging ayam..

Ayyerkk.. TIKUS laa..
Dibakar dahulu untuk menghilangkan bulu.
Dicuci sebelum dimasak..

Dipotong-potong sehingga menyerupai potongan daging ayam. eiyyerrkksss...!!
Persiapan untuk digoreng..
Sebelumnya diberi bumbu..
Siap untuk disantap. Nampak betul² macam ayam. takpun burung puyuh goreng..
Weeckkk.. tekak dah mula rasa kembang kuncup.. Nampak memang real macam ayam kan?.. jadi.. Berwaspadalah kalau makan diperantauan ye..

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Awas!.. jangan termakan binatang ni.

MasyAllah, zaman sekarang ni macam² boleh berlaku.Orang kafir sentiasa cipta benda yang baru untuk rosakkan umat Islam. Jadi kena berhati² lah supaya kita tak termakan benda ni. Nauzubillahi minzalikh. Makan benda yang haram boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan kita makin lama makin jauh meninggalkan Allah, tuhan kita Rabbul alamin. Jadi sentiasalah berwaspada bila nak beli makanan. Begitu juga dengan ayam. Tambah pulak dah dekat² nak raya ni. Berlambak² la ayam dipasaran. Pastikan kita beli ayam yang disembelih oleh orang Islam dan disembelih secara sah (putus urat maridh). Harini saya nak kongsikan binatang kacukan Khinzir atau nama sebenarnya Babi yang dikacukkan dengan kambing biri². Kalau tak silap la. sebab bulunya macam kambing biri². Kalau nak beli kambing untuk wat kenduri, pastikan tengok betul². Jangan dah bawak balik rumah, nak sembelih baru perasan tu bukan kambing. Jom tengok pic kat bawah ni. Berdasarkan email dari kawan, binatang ni berada di Malaysia.
Mintak dijauhkan oleh Allah supaya kita tak termakan binatang ni. Walaupun ia dikacukkan dengan kambing @ lembu sekalipun, ia tetap haram dimakan. Kerana ia tetap ada unsur² babi jugak.

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Awas! CCTV kini pantau aktiviti manusia di seluruh Putrajaya


pic credit to google.

Awas! CCTV kini pantau aktiviti manusia di seluruh Putrajaya
JIKA anda sedang memandu di sekitar Putrajaya ketika ini sambil telefon bimbit di telinga, dua tiga hari kemudian pasti surat saman menyusul.
Di suatu insiden lain pula, seandainya seseorang ternampak ada sesuatu yang tidak kena di kawasan kejiranan, misalnya sekumpulan anak muda membawa masuk perempuan bukan muhrim ke rumah atau gejala maksiat berlaku, beberapa minit kemudian, pasti menyusul jabatan agama ke situ.
Bukan kerana saman ekor pada insiden pertama tadi atau juga kebetulan pasukan peronda berada di kawasan kejiranan dalam kejadian kedua. Sebaliknya semua ini berpunca daripada kamera litar tertutup (CCTV).
Ini kerana Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan yang beroperasi lebih sedekad lalu, kini dilengkapi sepenuhnya pemantauan sekitar dengan CCTV.
Dari Presint 1 sehingga ke kawasan perkuburan Presint 20, semuanya dipantau dengan lebih 150 unit litar berkenaan.


pic credit to google.

Bagaimana ia beroperasi dengan cekap? Katakan esok, anda tiba-tiba ternampak satu kejadian ragut di Presint 16, lantas panggilan dibuat ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Putrajaya. Menerusi kerjasama dengan Telekom Malaysia (TM), CCTV berkenaan akan zoom ke tempat kejadian dan ia terus dipancarkan ke Pusat Kawalan Polis IPD.
Bayangkan dalam tempoh 20 saat sahaja, selepas panggilan kecemasan diterima sama ada membabitkan insiden ragut, kemalangan jalan raya atau kebakaran, CCTV akan mula bertanggungjawab memfokus ke sasaran lokasi kejadian.
Setakat Mac lalu, 3,235 CCTV sedia ada termasuk yang akan dipasang di seluruh negara bakal diselaraskan untuk tujuan membanteras jenayah.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, perkara itu dimuktamadkan menerusi perbincangan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pengangkutan dalam sasaran mengurangkan 20 peratus kadar jenayah jalanan.
Sejumlah 388 daripada 1,525 CCTV baru itu akan difokuskan di empat negeri 'panas' melibatkan 14 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sebelum itu, pemasangan 1,710 CCTV dilakukan untuk pelbagai tujuan antaranya berfungsi sebagai pemantau trafik atau menjaga keselamatan premis.
Di Putrajaya, dengan adanya CCTV, pasti agak mustahil untuk peragut meloloskan diri kerana setiap inci pergerakan mereka boleh dikesan.
Apatah lagi dengan landskap jalan di Putrajaya dengan setiap sudut dikekang lampu isyarat pasti menyukarkan tindakan jahat si peragut.
Fungsi dan peranan CCTV yang bersifat bersepadu itu memudahkan semua pihak termasuk Perbadanan Putrajaya sendiri memanfaatkannya untuk mencegah perbuatan vandalisme.
Pemasangannya di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan awam boleh membantu meningkatkan lagi keyakinan orang ramai termasuk pelancong untuk melawat ke mana-mana sahaja lokasi di Putrajaya.
Dan bagi pasangan yang cuba-cuba melakukan maksiat, anda perlu berfikir dua kali kerana perbuatan anda akan dipantau oleh CCTV, lantas pihak berkuasa agama akan segera mengambil tindakan.
Juga, kesesakan yang sering berlaku di awal pagi kerana penjawat awam yang bergerak masuk ke pejabat-pejabat kerajaan akan mudah dipantau polis trafik.
Untuk mereka yang sering membuat pusingan 'U' di depan sebuah stesen minyak di Presint 16, juga wajar berhati-hati. Sikap terburu-buru itu akan membuatkan anda rugi besar - sama ada wang ringgit (saman) atau nyawa yang terancam akibat kemalangan.
Yang pasti kini, Putrajaya adalah lokasi paling selamat di Malaysia.

p/s:- lepasni kalau korang datang putrajaya, kecing kat tepi jalan tu hati² sket. silap² kena rakam ngn cctv masuk plak paper tajuk utama. malu kaum kerabat oOo... hueheuhue..
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Mari beramal dibulan puasa.


Picture credit to Google.

PROGRAM TAJAAN MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM/MISKIN DAN TAJAAN PAKAIAN HARI RAYA ‘EIDUL FITRI 1431H


"Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya Dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (HR Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1431H, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ-MAIWP akan membuka peluang sekali lagi kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk tajaan berikut:-

a. Iftar/Sahur kepada 100 orang anak yatim/miskin sekitar Kuala Lumpur
b. Pembelian set pakaian baru ‘Eidul Fitri 1431H untuk 100 anak yatim/miskin Kuala Lumpur

Kos tajaan makanan iftar/sahur adalah dianggarkan RM150 seorang untuk sebulan manakala kos set pakaian baru untuk setiap seorang anak yatim/miskin adalah dianggarkan RM250. Segala urusan bagi kedua aktiviti ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP tanpa mengenakan sebarang caj kos pengurusan kepada para penderma/penaja.

Tajaan/sumbangan terbuka boleh dibuat melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP dan tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek. Tajaan/sumbangan juga boleh dibuat secara pindahan wang "on-line" ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon sebelum difakskan ke 03-92895760, untuk perhatian Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ.

Kami juga mengalu-alukan penglibatan para penaja/penderma untuk turut sama di dalam kedua aktiviti ini. Sebagai makluman, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim/miskin pada 27 Ogos 2010 (Jumaat) bersamaan 17 Ramadhan 1431H di Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Teratak Nur Insan (NURI), Setapak, Kuala Lumpur. Kami juga akan mengadakan program pembelian pakaian baru ‘Eidul Fitri pada keesokannya 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H (Sabtu) di Pasaraya Mydin, USJ, Subang Jaya. Sehubungan dengan itu, para penaja/penderma dijemput untuk turut serta di dalam kedua atau salah satu daripada aktiviti ini.

Besarlah harapan kami agar program murni ini mendapat sambutan baik. Sekiranya terdapat lebihan wang terhadap jumlah tajaan, PPZ-MAIWP memohon untuk menggunakan wang tersebut dengan penganjuran aktiviti/program yang akan memberi manfaat kepada anak-anak yatim/miskin sebagaimana di atas. Mudah-mudahan tajaan/sumbangan kita akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pemberitahuan, sila hubungi Encik Amran Hazali, Ketua Unit Kanan Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ-MAIWP di talian 013-3335585 atau e-mailkan ke alamat amranhazali@zakat.com.my.

Sekian. Terima kasih.
--

Amran Hazali | Community & International Affairs | PPZ-MAIWP | Malaysia
T +60392895757 | F +6039289 5760 | HP +60133335585 | www.zakat.com.my

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Video pelajar di Sarawak tumbuk guru


pic credit to berita harian.

KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.  - selanjutnya baca disini

Kesian cikgu² zaman sekarang ni. dah la kerja kat sekolah bertambah². Kerja bukan setakat mengajar jer, luar bidang mengajar pun cikgu² kena buat jugak. Organized function tu, meeting ni, pertandingan itu ini, rombongan cik kiahnye.. Ni dah tambah plak dengan masalah disiplin. Kalau dulu waktu zaman kite skolah, rasanya tak pernah langsung dengar ada pelajar tumbuk, pukul cikgu. Masalah disiplin meroko dalam tandas, ponteng skolah tu biasa la kita dengar. Tapi bile kena denda dengan cikgu, smua takut jer. jangan kata nak melawan. Nak lawan kata2 pun takut. Silap2 kalau cikgu penampar, balik rumah report kat mak ayah, mau kena penampor lagi 2 3 kali kot. cikgu tampor skali jer. huhuh.. Tu zaman dulu la. Tapi zaman skarang ni dah lain.

Agaknya anak² zaman sekarang ni terlampau open sangat kot. Open dengan dunia luar. Bila dah ada geng(bukan geng bas skolah), mula la berani nak tunjuk lagak. Tambah plak depan² aweks. Kire bangga habis la dapat melawan cikgu²(pemikiran zaman budak² hingusan camtu la..) Tak pun terlampau manje sangat. Ada juga ibu bapa yang terlampau manjakan anak sampai tak mengaku anaknya buat silap. Ni pesanan incik wanshah je la. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak, selalu la peka tentang anak². dengan siapa dia berkawan, kalau keluar rumah tu, betul ke dia pergi ke tempat yang dia minta izin nak pergi. Kalau ada jiran tetangga bgtau kesalahan anak kita, jangan cepat melenting. Selidik dulu betul². Cz jiran tetangga tu lebih peka dari kita. Ye la, kite bukannya setiap masa memerhatikan anak². Kepada anak² plak, hormatilah guru. Dari situ lah timbulnya keberkatan dalam menuntut ilmu. Ilmu yang tak berkat, takkan bawa kita kemana² pun. Malah tak dapat kita manfaatkannya pun. Jadi, hormatilah guru² kita. Haritu dengar ceramah ustazah Norbayah, best pepatah dia bagi.

"Waktu senja tebang pokok, Terlebih manja pun tak elok."
"Kanak² suka melompat, Nak bermaje biar bertempat."

p/s:- mendalam maksudnye tu. :)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Remove older post and newer post link in Blogger

Lama betul rasanya tak buat tutorial kat blog nih. huhuhu.. bukannya tak nak sharing ape². tapi tak berkesempatan n kekurangan idea. huhuhu.. Ni tgh free, bleh la wat tutorial yang tak seberapa sekadar berkongsi. Mungkin antara korang yang tak suka link Older post dan Newer post tu keluar kat belah bawah entry korang. Contohnya macam dalam gambarajah kat bawah ni.
 Kalau korang tak suka link tu muncul kat situ, boleh ikuti step² kat bawah ni untuk menghilangkan link tersebut dari pandangan umum. Korang boleh add semula link tu bile dirasakan perlu.

Langkah 1:
Klik pada tab Design -> Edit HTML -> tick pada Expand Widget Templates.

Langkah 2:
Cari koding seperti dibawah ini dalam halaman coding tersebut. Untuk memudahkan pencarian tekan butang Ctrl+F pada keyboard korang.
<span id='blog-pager-newer-link'>

Langkah 3:
Delete coding seperti yang di highlight-kan dalam gambarajah dibawah.
Setelah selesai, klik pada Save Template dan lihat blog korang tengok dah hilang ke belom link tu. :)
Kalau korang nak delete link Subscribe to: Posts (Atom) macam dalam gambar di atas sekali, korang boleh cari dan delete coding dibawah ni. 

<b:include name='feedLinks'/>

InsyAllah lepastu tak kuar dah benda alah tu. :-)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Cendera jantung untuk wanshah.

Assalamualaikum w.b.t. Jawab salam kalau korang orang Islam. tak jawab berdosa ooOO.. betul³.. salam sejahtera kalau korang bukan Muslim. :) Waa.. rasa cam baru bangun tido la plak malas nak wat entry. wawawa.. dah berape hari tak update blog nih. Asyik bz jer ngn keje+balik kg. Harini baru masuk keje. Dari pagi sampai la ni(ayat utara sket.. :P) baru la nak dapat rehat. Kena jadi pekerja yang berdisiplin ta bleh curik tulang huhuhu.. (Curik tulang kalu, jadi anjing la..) Smalam sampai jer rumah, tengok ada pos laju punye notis. Haa.. nih mesti barang dah sampai nih.. tengok dia tulis nama situ wanshah. Musti barang dari incik shahrom nih. cz incik shahrom kata ada hantar hadiah. hueheu.. Pagi tadi tak sabo² gi amik kat pos laju punye opis. 

Sampai opis pos laju tu, kena plak aweks yang jage kaunter tuh. Dia tengok kat bungkusan tu ada alamat blog incik wanshah plak. Eh.. eh.. encik ada blog gak ke?.. minat ye wat blog?.. dalam hati cakap, haishh.. ni mesti dia pun ada blog gak nih. Kalau takde blog, takkan la dia tanya kan³??.. segan la nak tanya balik. huhuhu..


Alamat terpaksa ditutup kerana privacy. :P

Mak oihh.. besau gak kotak dia. ingatkan benda kecik je. kot² la keychain ke ape ke..Cz haritu incik shahrom kata ada bagi cenderajantung untuk incik wanshah. Dah terpikir keychain berbentuk jantung kot.. Skali kotak besau camtu, takkan keychain kot.. haa.. agak² ape ek dalam tu?.. meh tengok kat bawah nih..
Complete set awak bagi saya ye incik shahrom. heheh.. ape pun, terima kasih sangat² kerana memberikan saya cenderajantung ni ye. Incik wanshah menghargainye sangat². Sape yang tak kenal lagi incik shahrom, bleh la melawat blog dia kat sini ek. http://sahromnasrudin.blogspot.com/

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top