Sedara-mara

Dynamic Menu Button

Musim perayaan ni malas sungguh rasanya nak wat entry. Huhuhu.. makan lemang banyak sangat kot ni. Tapi korang jangan riso. Aku tetap menziarahi blog² korang walaupun blog aku tak update. Kali ni aku nak wat tutorial Dynamic Menu Button yang canggih sikit la. Dalam bahasa melayunye Buton Menu Dinamik. Lebih kurang la tu. heheh.. Tutorial ni adalah kesinambungan dari tutorial Button Menu yang pernah aku buat dulu. Tapi kali ni kita akan buat dengan menggunakan software. So, lebih mudah la korang nak customate mengikut kesesuaian blog korang. Kat bawah ni adalah contoh button menu yang akan kita buat. Sama je macam yang incik wanshah guna kat blog ni.


So, ape tunggu lagi. Jom terjah tutorialnye. hueheuhue..

Langkah 1:
Download software CSS Menu Generator melalui link dibawah ni.
http://wonderwebware.com/css-menu/cssMenuGenerator.exe

Langkah 2:
Setelah download, install macam biasa. Selepas install, icon seperti dibawah ni akan keluar dekat desktop. (Double-click utk bukak)

Langkah 3:
Setelah software tersebut dibukak, paparan seperti berikut akan dipaparkan. Double-click pada CSS DropDown Menu.
Klik gambar untuk besarkan.

Langkah 4:
Setelah double-click pada CSS DropDown Menu tadi, anda akan dibawa ke tab Customize. Disini anda boleh customize ciri² button menu yang anda nak. Contohnya anda boleh customize Color & Background, Font, dan juga struktur Menu. Lihat gambarajah dibawah ini.
 
Klik untuk besarkan gambar.

Keterangan:
Cth:- untuk menukar background menu, klik pada Menu Background, kemudian klik pada mana2 warna yang anda suka. Hasilnya akan ditunjukkan diruangan bawah seperti dalam gambarajah diatas.

Langkah 5:
Klik pada tab Font untuk menukar tulisan pada Button Menu anda. Pastikan pada Font-size anda menggunakan px. Supaya senang utk anda menganggarkan size tulisan.
 
Klik untuk besarkan gambar
Langkah 6:
Klik pada tab Menus untuk meletakkan link pada Button Menu anda.
Keterangan:
1. Klik pada Main Menu.
2. Pilih Menu/Button mana yang hendak anda letakkan link. Cth disini saya ingin letakkan link pada button Home.
3. Klik pada Edit.
4. Tulisan yang akan terpapar pada menu button anda.
5. Link yang hendak anda link kan. Perlu letakkan http. Kalau tak, link takkan berfungsi.
6. Klik Ok.


Langkah 7:
Klik pada tab Get the Files -> HTML/CSS Code: -> CSS Code.

Copy semua code didalam CSS Code bermula dari
/* pull-down mainmenu css */ -- sehingga--  /* end of mainmenu css */ (Gunakan Ctrl+C utk copy)

Langkah 8:
Login ke blogger.com. Pergi ke tab Design -> Edit HTML dan cari kod seperti dibawah ni(gunakan Ctrl+F)


   ]]></b:skin>


Kemudian pastekan code yang anda copy dari CSS Code pada langkah 7 tadi tepat² diatas code ini.
Langkah 9:
Pergi ke software CSS Menu Generator semula, dan buka tab seperti ini Get the Files -> HTML/CSS Code -> XHTML Code. Lihat gambarajah dibawah ini.
Copy semua code (Gunakan Ctrl+C) bermula dari
Sehingga


Langkah 10:
Pergi semula ke blog tab Design -> Edit HTML dan cari kod seperti dibawah ini:-

 <div id='content-wrapper'>

  <div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'>

  <b:section class='crosscol' id='crosscol' showaddelement='no'/>

 </div>


pastekan kod yang anda copy dalam Langkah 9 tadi tepat² selepas coding seperti diatas ni. Lihat contoh dalam gambarajah dibawah.
Selepas paste, Save Template dan tengok hasil button menu diblog anda. Semoga berjaya ye. Jika ada apa² masalah, boleh komen kat sini ataupun email terus ke wanshah87@gmail.com. =)

Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Resepi Lomang Omak.

Dah puas beraye ke korang?.. mesti puas dapat makan lemang & ketupat kan?.. kalau belah utara, tak sah raya kalau xde lemang. Belah selatan plak tak sah raya kalau takde ketupat. Ni nak bagi resepi buat lemang power punye.

buloh, pulut basah + karbait, api secukup rasa = kaboOMM!!.. heheh..



makan lomang ni, korang boleh jadi bulat gak cam budak nih. heheh.. =P 

p/s:- sekadar gurauan dipagi hari rabu. =)



Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,


[...] Baca Sepenuhnya...

Raya dan hantu..

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah selamat sudah berhari raya. Selamat pergi dan selamat jugak pulang ke rumah. Tapi raya masih ada 3minggu lagi. So, selamat berhari raya kepada semua ye. Kepada yang masih beraye sakan tu, berhati-hatilah memandu dijalanan ye.
Pagi tadi jalan dari Melaka ke KL takde la jem sangat. Cuma area Kajang je kereta banyak sikit. Maklum la orang dah start bekerja kan. Rasa macam tak puas beraye lagi nih. heuheuhe.. ada sesape nak ajak gi beraye lagi tak ni?.. :P 

Raya tahun ni rasa cam pelik sikit la bile tengok rancangan kat TV. Tak habis² cite hantunye. Dari malam raya, sampai la harini. Tak putus² cite hantu. Pendek kata, setiap hari lepas raya ada je cite hantu. Seolah² bile setan dah dibebaskan, hantu pun berlambak² la mengacau orang. Mana taknye, dari malam raya tu, ada drama Cerita Hantu Malam Raya, pastu diikuti plak ngn lagenda sundal bolong, pocong kamar sebelah, hantu ambulans, gong, susuk, congkak, haishh.. macam² lagi la. Sampai nak termuntah dibuatnye asyik tengok cerita hantu je..


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Selamat Hari Raya Semua.

p/s: kad raya mesti warna coklat jugak. :P ditujukan untuk semua Muslimin dan Muslimat ye. :)

Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

MyKad dan Touch'n'Go.


Assalamualaikum dan salam lebaran yang bakal akan tiba tak lama lagi buat smua umat Islam, khususnye korang yang melawat blog ni. :)  Harini nak kongsi sket tips balik raya nanti. Korang dah ada kad Touch'n'Go tak?.. Incik wanshah tengok, walaupun lorong Touch'n'Go tu selalu je lancar n clear, tapi masih ramai lagi yang menggunakan lorong tunai. So, think positif, mybe diorang malas nak gi beli kad touch n go kot. xpun diorang tak tau mana nak dapatkan kad touch n go tu. Xpun diorang mesti ingat guna kad touch n go tu dia charge mahal waktu keluar tol.

Haa.. ni nak bgtau nih. Sobonarnyo.. cas dio samo jo dik oit. Abg dah lamo dah kojo dokek tol ni. mano ado laennyo.. Yo! yo!.. 

So, korang tak payah risau la ek utk menggunakan kad touch n go. Sekarang ni xpayah susah² gi cari @ gi beli kad touch n go. Sbg rakyat malaysia, korang kan dah ada IC(Kad Pengenalan bg yang tak tau..). kepada yang dah renew IC baru tu(renew IC RM10 je..), IC korang memang sudah dilengkapkan dengan cip touch n go. Tengok pic kat bawah ni.
Kalau IC korang ada lambang touch'n'go mcm kat atas tu, maknanya korang boleh gunakan IC korang macam kad touch'n'go. Tapi sblm boleh guna, kena la topup dulu. Cara nak topup dia sama je. Korang boleh topup dekat mesin ATM maybank yang ada logo Touch'n'Go tu, xpun korang boleh je gi topup kat mana² stesen minyak. Contohnye Shell la yang biasa incik wanshah gi topup.

Haritu gi topup kat shell putrajaya, ada la budak perempuan tu jd cashier. Agaknye dia baru keje kat situ kot. cz tak penah tengok plak muka dia sblm tu. Pastu aku pun cakap nak topup touch'n'go pastu bagi la IC aku kat dia. Dia bleh gelak kat aku. Abg, ni MyKad la. bukan kad touch'n'go. Abg mamai ke?.. Eh, selamba je sound macam tu. ni mesti budak nih tak tau ni MyKad bleh jd touch'n'go.
So, aku pun cakap le kat dia. adik ni orang Malaysia kan?.. cuba kluarkan IC tengok ada lambang Touch'n'Go ke tak. Dia pun dengan lurusnye mengeluarkan IC dia. (huhuhh.. tak baik kata orang lurus.. :P) Ha'ah, la.. ada lambangnye bang!.. Haa, skarang topup Touch'n'Go saya guna IC saya. Dengan lurusnye skali lagi dia topup le. Pastu bleh la topup. Eh..ehh.. memang bleh topup la. Pastu tau plak malu² budak tu. heueheu.. takpe la ye dik. nanti dah tau, jgn pelik plak orang nak topup touch'n'go bagi IC.

Kepada sesape yang takde kad Touch'n'Go tu, gunakan la IC korang yang mana ada Touch'n'Go tu ek. Supaya perjalanan balik raya ni bertambah lancar. Dekat tol tu, dah confirm mesti jem punya. tambah² plak lorong tunai. Kalau lorong touch n go tu rasanya kalau jem pun, bergerak la jugak kan?.. :) Kepada sesiapa yang dah mula balik kampung halaman tercinta esok tu, berhati-hati lah dijalan raya ye. Termasuk jugak la semua yang nak drive balik raya tu. Incik wanshah doakan smoga kamu smua selamat. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat smua pengunjung belog nih. Doakan la incik wanshah pun selamat jugak ye. :)

p/s:- Harini baru terasa mood nak raya. Mood nak keje dah xde. heuheue.. tapi keje tetap kena siapkan. wawawa..


Sbg tanda sokongan anda pada blog TKSB, sila klik jika terdapat Ads dibawah.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top