Sedara-mara

DiariNiaga.com : Siapa Mahu Domain PERCUMA ?


Ahaa.. Tora datang lagii.. lama dah incik wanshah tak join CONTEST nih. mana tau ada luckydraw kali ni ke. heuheuhe.. tak dapat domain DOT COM, dapat domain ORG pun jadi la kan. heheheh.. perasan lebih plak nih.. Mesti korang dah tau pasal CONTEST yang tengah meletup² nih. Cuma aku jer yang terlambat masuk. Tapi lambat² pun jangan ingat tak bleh menang tau. hehee.. Tuah AYAM nampak di kaki, Tuah ambe belum nampak² lagi. Tunggu menang baru nampak tuahnye. :D So, ape tunggu lagi. Korang dah join ke belum contest dari Sis Nis Azmier dari blog DiariNiaga.com dan jugak Kaizen Shinobi dari blog www.kaizenshinobi.com. Kalau belum, cepatan le join ek. Jom terjah syarat-syaratnye.. zassSS!!..

Syarat²nye:-

1. Anda mestilah seorang blogger dan mempunyai blog sendiri .
2. WAJIB letakkan link blog DiariNiaga.com dan juga blog Kaizen Shinobi di dalam bloglist anda.
3. Buat satu entry tentang pertandingan ini dengan tajuk ini sahaja ; ” DiariNiaga.com : Siapa Mahu Domain PERCUMA ? ” Tajuk-tajuk lain tidak diterima sama sekali .
4. Jangan tertinggal backlink kepada blog DiariNiaga.com dan blog Kaizen Shinobi (www.kaizenshinobi.com) .
5. Letakkan banner pertandingan dalam entry anda serta di mana-mana bahagian sidebar blog anda beserta link ke entry contest ini .
6. Ciptakan satu tagline paling menarik untuk blog DiariNiaga.com . Biar ringkas tapi padat dan menepati citarasa Nis .
7. Untuk memasuki cabutan bertuah , anda mestilah ada akaun Facebook dan postkan link entry blog anda ke dalam wall Facebook .
8. Selesai semuanya , tinggalkan Nama , Permalink dan ID Facebook (jika anda hendak masuk cabutan bertuah) di dalam kotak komen pada entri pertandingan ini .
9. Boleh buat penyertaan sebanyak mana yang anda mahu dengan syarat ; 1 penyertaan , 1 entry .
10. Tarikh tamat pertandingan ialah pada jam 12 tengah malam , 1 Januari 2011 . Penyertaan yang diterima selapas tempoh itu tidak akan dilayan . Harap maaf .
11. Mana-mana syarat yang tidak dipenuhi akan menyebabkan penyertaan gagal .


Tagline yang saya cipta adalah macam ini:-
"Destinasi Perniagaan Internet Anda, Kami Realisasikan."

p/s: boleh ke camni sis?.. eden hontam je.. :D
Okeh, sume dah complate. dah tanda right tu kire dah double check tau. :D agak² boleh menang tak ni sis Nis Azmier?.. :-P


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Suntikan Vaksin HPV Boleh Membawa Maut

Suntikan Vaksin HPV Boleh Membawa Maut, Ibubapa Jangan Turunkan Tandatangan

Baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk memberi suntikan pelalian kanser pangkal rahim Human Papillomavirus (HPV) secara percuma kepada 300 000 remaja perempuan berusia 13 tahun mulai tahun depan. Program yang menelan belanja RM150 juta ini dianggap perlu bagi mengelakkan penularan penyakit kanser pangkal rahim yang semakin bertambah kebelakangan ini.

Adalah sudah diketahui semua orang bahawa penyakit ini hanya boleh menular melalui hubungan seks lebih-lebih lagi kerap bertukar pasangan. Apakah ini saja jalan terbaik yang ada untuk menghalang penularan masalah kanser pangkal rahim?

Tiadakah jalan lain yang lebih selamat dan berperikemanusiaan?

Adakah kita telah membuat kajian menyeluruh tentang keberkesanan program ini?

Mari kita lihat apa yang telah berlaku di negara Barat! Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. "Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya", kata ibunya.

Seminggu sebelum itu, Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Diane Harper, pengkaji yang yang bekerja dengan vaksin Gardasil dan Cevarix, ia sama atau lebih merbahaya dari kanser itu sendiri. Kemudian Dr. Harper menerima tekanan dari individu dan jurnal yang pro kepada syarikat farmasi untuk mengubah kenyataan beliau. Dalam laman web Guardian, kenyataan Dr. Harper telah diputarbelitkan untuk menyokong industri vaksin.

Setelah sangsi dengan laporan yang dibuat di laman-laman web pro-farmasi, Mike Adams (NaturalNews) sendiri telah pergi bertemu dengan Dr. Harper untuk mendapatkan penjelasan. Berikut apa yang dikatakan sendiri oleh Dr. Harper tentang Gardasil dan vaksin HPV:

"Kami belum tahu apa yang bakal berlaku apabila berjuta-juta dos vaksin diberi kepada manusia, sehingga mereka mengatakan anda mesti mengambil vaksin ini, bermaksud anda mesti menjadi sebahagian dari eksperimen awam secara besar-besaran. Maka kami tidak dapat melakukannya selagi kami tidak mendapatkan lebih maklumat."

"Jika kami memberi vaksin kepada kanak-kanak berumur 11 tahun dan ia masih belum berhasil, kami meletakkan dia dalam keadaan yang bahaya terhadap kesan sampingan, walaupun kecil, ia jelas, tanpa apa-apa faedah. Faedah untuk orang ramai tidak dipedulikan. Sebenarnya ia tiada pengurangan kepada masalah kanser pangkal rahim..." kata Dr. Diane Harper.

"....saya fikir ia adalah salah bagi pakar perubatan mengatakan kepada ibubapa bahawa ia (vaksin) 100 peratus selamat." - Dr. Harper.

Dr. Harper menghabiskan masa selama 2 dekad membuat kajian tentang HPV. Beliau memberitahu dalam program TV bahawa penggunaan vaksin begitu tergesa-gesa ke atas kanak-kanak perempuan yang terlalu muda tanpa ada jalan penyelesaian yang lain. Tiada kajiselidik selepas jualan dilakukan tentang kesan sampingan yang mungkin merbahaya kepada mereka. Ia hanya memberi faedah kepada syarikat farmasi Merck, tidak kepada kanak-kanak dan remaja perempuan.


Vaksin Holocaust
Dengan kematian yang semakin meningkat, vaksin menjadi bahan kimia pembunuh terbaru abad ini. Kanak-kanak dan remaja berbaris untuk diberi suntikan kimia yang dibuat oleh satu dari syarikat yang sama yang pernah menjalankan eksperimen Kem Tahanan era Nazi dahulu. Tahukah anda bahawa sebahagian dari dadah kimoterapi yang masih digunakan hari ini dihasilkan di bawah program senjata nuklear Nazi Jerman dahulu?

Vaksin tidak membunuh sebegitu ramai manusia jika dibandingkan dengan senjata gas beracun era Nazi, tetapi jumlah manusia yang bakal menerima suntikan maut ini adalah berkali-ganda ramainya dari jumlah tahanan Jerman dahulu.

Saranan saya, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak remaja perempuan - jangan beri anak anda suntikan HPV. Ia hanya boleh menular melalui hubungan seks. Di sana ada penyelesaian lain yang lebih baik dan pasti selamat - ikutilah tuntutan syariat dalam agama di mana kita dilarang melakukan hubungan seks sesuka hati tanpa ikatan perkahwinan.


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Jom sokong skuad MALAYSIA!!!

 Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya, berhadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 pada 26 dan 29 Disember 2010 mulai jam 8.00 malam kerana AFF Suzuki Cup akan membawa anda untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 antara Malaysia menentang Indonesia di Skrin LED Plasma Gergasi. Ini adalah untuk memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bolasepak negara sewaktu berlangsungnya Perlawanan Akhir Pertama di Stadium Bukit Jalil pada Ahad ini.


Memandangkan inilah kali pertama pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga Putrajaya turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri. Pada masa yang sama, Putrajaya akan diceriakan lagi dengan kehadiran pelbagai golongan terutamanya golongan belia dan peminat bolasepak.

Sila layari www.ppj.gov.my dan http://www.affsuzukicup.com/


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Tazkirah Jumaat - Senyum

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar.
Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?”(Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).

“Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja.
Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda.

Riwayat Ibnu Abbas, "tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah".
Surah Al-Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah


Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Proton Pahlawan Series

Setelah bertahun lamanya (ayat poyo.. :P) proton bakal mengeluarkan model² baru kereta keluarannya. Cayalah proton. jom tengok prototype terbaru proton. zasSS!!..





Yang Betul,

[...] Baca Sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails

 
Dikuasakan Oleh Blogger | Gubahan Oleh Ady © 2009 | Resolusi: 1024x768px | Paparan Terbaik: Firefox | Top